Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
YAYASAN GLOBAL SEDEKAH MOVEMENT
Dimulakan pada Jun 18, 2025
RM280 / 0.56 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
16 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Blok Pugag, yang turut dikenali sebagai Kampung Mualaf, terletak di Desa Kutawaringin, Jawa Barat, Indonesia, pada ketinggian kira-kira 1,500 meter dari paras laut.

Laluan ke kampung ini amat mencabar, mendaki curam, berbatu, dan rosak teruk. Apabila musim hujan tiba, jalan berubah menjadi laluan licin dan berlumpur yang sukar dilalui kenderaan. Ramai penduduk terpaksa berjalan kaki sejauh beberapa kilometer, menuntun motosikal yang tergelincir, malah menggendong orang sakit keluar dari kampung demi mendapatkan bantuan perubatan.
"Kalau ada yang sakit, kami terpaksa gotong sampai ke jalan besar. Kereta tidak boleh masuk. Keadaan ini sudah lama berlaku, tapi belum ada yang bantu," kata Pak Adi, salah seorang tokoh masyarakat di kampung itu.

Blok Pugag didiami oleh 23 ketua keluarga dengan jumlah keseluruhan 68 orang, majoritinya beragama Islam dan terdiri daripada mualaf. Sebanyak 56 orang adalah Muslim, manakala selebihnya masih menganut agama Kristian. Proses pengislaman di kampung ini berlaku secara perlahan melalui bimbingan dan dakwah, bukan melalui paksaan, tetapi lahir daripada hidayah setelah pencarian rohani yang panjang.
Selain keadaan jalan yang membimbangkan, penduduk Kampung Mualaf juga berhadapan dengan masalah kekurangan lampu jalan. Mereka takut untuk keluar pada waktu malam kerana jalan gelap, ditambah pula dengan jurang di tepi laluan yang membahayakan.

Dalam serba kekurangan, penduduk Kampung Pugag tetap berinisiatif menyalurkan air bersih dari mata air gunung menggunakan hos panjang. Hos yang dibentang melebihi 20 meter itu menyalurkan air ke kawasan penempatan secara bergotong-royong, satu usaha berdikari yang menjadi penyelesaian alternatif mereka.
Penduduk Kampung Mualaf turut mengeluhkan laluan ke masjid. Jalan menuju ke masjid yang licin dan berbatu menyukarkan warga emas dan kanak-kanak untuk menunaikan solat berjemaah. Ketika hujan, ramai yang tergelincir kerana jalan belum disimen.

Harapan penduduk Blok Pugag bukanlah sesuatu yang besar. Mereka hanya ingin hidup selesa seperti masyarakat lain, jalan kampung yang boleh dilalui kenderaan, laluan ke masjid yang disimen agar selamat ketika hujan dan tidak membahayakan penduduk, serta pemasangan lampu jalan di sekitar kampung dan laluan ke masjid bagi mengurangkan risiko kemalangan pada waktu malam.
Sahabat Kebaikan, saudara-saudara kita di Kampung Mualaf Blok Pugag telah memilih jalan keimanan dengan segala cabarannya. Kini, marilah kita hadir sebagai tangan kebaikan untuk membantu mereka keluar daripada keterasingan dan kekurangan. Sumbangan yang terkumpul akan digunakan untuk membantu pembinaan dan penyimenan jalan kampung serta laluan ke masjid, pemasangan lampu jalan, dan menyokong keperluan asas penduduk Kampung Mualaf Blok Pugag.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 20, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 20, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 20, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 20, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 20, 2025