Ibu tunggal yang memohon rumah yang tinggi walaupun kecil agar mereka boleh hidup dengan selesa dan selamat untuk anak anak dan ibu yang telah tua.
Assalamualaikum wbt Para Penyumbang,
Ibu tunggal beranak 2 yang tinggal bersama ibu dan seorang abang di serumah yang dibina diatas sebidang tanah yang terlalu rendah dan mudah dinaiki air walaupun hujan hanya baru beberapa jam. Ibu tunggal ini hanya bekerja menoreh getah,mengambil upah memesin rumput dirumah penduduk kampung sahaja bagi menyara kehidupan mereka lima beranak.
Ibu ini telah beberapa kali memohon bantuan bagi membaik pulih rumah yang hampir reput diakibatkan terlalu kerap dilanda banjir,tetapi mereka tetap kena berpindah ke dewan berdekatan setiap kali hujan lebat dan air sungai melimpah. Mereka terpaksa tinggal disitu kerana itu sahaja tapak rumah yang mereka ada untuk berteduh.
Dengan itu kami ingin mengutip dana untuk menaikkan rumah yang tinggi walaupun kecil untuk keselesaan anak anak dan ibu yang telah tua.
Semoga kita sama sama boleh membantu beliau bagi memudahkan urusan kita di dunia dan akhirat.
BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL.