ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 26, 2024

BANTU PELAJAR TAHFIZ YATIM DHUAFA DI MAAHAD KECIL PELOSOK

RM100 / 3.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantu kos operasi dan kesejahteraan pelajar tahfiz di Pondok Pesantren Nurul Furqon dan pondok pesantren lain yang membutuhkan.


Di Pondok Pesantren Nurul Furqon, seramai 200 santri sedang berusaha keras untuk menghafal Al-Quran dan mempelajari ilmu agama. Pondok pesantren ini tidak mengenakan bayaran kepada santri, memberikan pendidikan agama secara percuma kepada mereka yang ingin mendalami agama dan menghafal Al-Quran. Namun, dalam usaha mulia ini, pesantren telah diuji dengan dugaan yang besar.



Beberapa waktu yang lalu, pondok pesantren ini mengalami musibah. Bangunan asrama pelajar roboh akibat banjir dan luapan air sungai yang merosakkan bangunan tersebut.



Selain kerosakan bangunan, pesantren ini juga menghadapi masalah serius dalam mendapatkan akses kepada air bersih, yang membuat kehidupan harian para pelajar menjadi lebih sukar.



Pondok Pesantren Nurul Furqon terus berusaha menyediakan pendidikan agama terbaik untuk santri, tetapi mereka memerlukan bantuan kita untuk memastikan operasinya berjalan lancar. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 245: "Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (berinfak di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan (balasannya) dengan banyak."


Melalui ASAR Humanity, anda berpeluang untuk membantu dalam menyediakan kos operasi dan meningkatkan kesejahteraan santri di Pondok Pesantren Nurul Furqon dan Pondok Pesantren lain yang membutuhkan. Donasi anda akan disalurkan untuk membantu perbaikan asrama santri yang rosak akibat banjir, menyediakan air bersih untuk keperluan harian santri dan menyokong kos operasi agar pendidikan di pesantren ini dapat diteruskan.



"Barangsiapa yang membangun sebuah masjid kerana Allah, maka Allah akan membangunkan untuknya rumah di syurga." (HR. Bukhari & Muslim)


Membantu pesantren ini adalah salah satu bentuk sedekah yang memberi manfaat yang berpanjangan. Semoga Allah SWT melipatgandakan pahala anda dan memberkati hidup anda dengan kebaikan dan rahmat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Sep 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 27, 2024

Kempen Sumbangan Tamat