JOM BANTU MAK JAH DAN ANAK ANAKNYA

RM478 / 15.93 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantu Mak Jah teruskan hidup dengan lebih tenang dan bermaruah. Hulurkan sumbangan anda hari ini.


Kami dengan rendah hati mempelawa anda semua untuk menyertai 'Kempen Jom Bantu Mak Jah', satu inisiatif murni untuk menghulurkan sokongan dan meringankan beban yang dipikul oleh Mak Jah, seorang ibu tunggal yang sedang berjuang. Sumbangan anda bukan sahaja meringankan beban kewangan, malah menyuntik semangat dan harapan buat mereka sekeluarga. 



Kisah Perjuangan Mak Jah


Seorang ibu tunggal, kini menanggung dua orang anak selepas suaminya meninggal dunia. Beliau hanya seorang ibu tunggal yang kurang sihat dengan pendapatan yang tidak menentu. Kedua anaknya tidak berkahwin pendapatan yang tidak seberapa, Mak Jah bergelut untuk menampung kos rumah, bil utiliti dan perbelanjaan dapur.


Keadaan ini menuntut kekuatan fizikal dan mental yang luar biasa. Setiap hari adalah perjuangan bagi Mak Jah untuk memastikan anak-anaknya mendapat cukup makan dan pendidikan yang sewajarnya.




Objektif kami adalah untuk membantu Mak Jah menampung kos sara hidup harian seperti makanan berkhasiat dan bil utiliti rumah. Semoga sumbangan ini memberikan sedikit kestabilan kewangan kepada keluarga ini agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih selesa dan bermaruah. Dengan ini juga, kita dapat menunjukkan kepada Mak Jah bahawa dia tidak berjuang sendirian, dan ada masyarakat yang prihatin serta bersedia membantu.



Setiap sumbangan anda, walau sekecil mana pun, adalah permata yang akan membantu menerangi kehidupan Mak Jah dan anak-anaknya. Ingatlah bahawa setiap kebaikan yang dihulurkan akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal. Sumbangan anda bukan sahaja meringankan beban dunia Mak Jah, tetapi juga menjadi bekalan pahala yang berpanjangan untuk anda di akhirat kelak. Terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan murni anda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 08, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 08, 2025

Kempen Sumbangan Tamat