Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Dec 21, 2022

BANTUAN KILAT MANGSA BANJIR PANTAI TIMUR

RM15,049 / 100.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

477 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh bersatu ringankan beban mangsa banjir di Pantai Timur. Semoga dengan bantuan awal ini, kita dapat menyelamatkan lebih ramai mangsa banjir dari terkorban.


MANGSA BANJIR PANTAI TIMUR DALAM DARURAT!


Negara kita sedang menghadapi musibah banjir. Banyak kawasan terkesan terutamanya di sekitar Pantai Timur akibat bencana ini yang semakin darurat dan ramai mangsa yang masih menunggu bantuan dari kita semua. Rumah kediaman mereka rosak, barangan harta benda mereka banyak yang musnah dan yang lebih menyayat hati ada di antara mereka ini kehilangan ahli keluarga tersayang.


BANJIR DI PANTAI TIMUR SUDAH KRITIKAL!



Mereka yang terpaksa berpindah kerana paras air semakin tinggi.



Banyak di antara mereka hilang segalanya.


DI SAAT SEPERTI INI, MEREKA SANGAT MEMERLUKAN BANTUAN DAN SOKONGAN DARI KITA SEMUA.


Isu banjir di kawasan Pantai Timur ini semakin ‘trending’ di media sosial, sebab itulah juga Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terpanggil untuk segera ingin membantu saudara-saudara kita yang menghadapi bencana ini. Ini kerana, berdasarkan pengalaman PPIM sendiri sering kali menjadi saksi betapa sukarnya musibah ini buat mangsa-mangsa ini.



Mereka yang terpaksa mengharungi banjir, bertarung nyawa.



Banyak diantara mereka kehilangan kediaman hanyut dibawa banjir. Inilah antara kesan banjir yang terpaksa mereka harungi:


1.Ratusan keluarga hilang tempat tinggal disebabkan rumah kediaman mereka telah dihanyutkan arus deras.

2. Puluhan ribuan kenderaan terdampar dan ditenggelami banjir

3. Mangsa terpaksa berpindah sementara ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tanpa keperluan yang cukup.

4. Mangsa terpaksa catu makanan kerana bekalan makanan yang ada tidak mencukupi.


Rata-rata hasil dari pemerhatian kami sendiri, mangsa-mangsa banjir ini lambat dan sukar menerima bantuan dari segi bantuan makanan mahupun perlindungan sementara. Salah satu sebabnya adalah tiadanya persediaan awal banjir.



Dengan ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan tabung sumbangan Bantuan Kilat Mangsa Banjir Pantai Timur untuk membantu saudara-saudara kita yang terkesan. Jadi, kami ingin menyeru kepada anda semua untuk turut serta menyokong usaha ikhlas ini agar bantuan dapat disalurkan dengan segera buat mangsa-mangsa banjir ini. Sebanyak RM150000 diperlukan bagi menyediakan keperluan seperti:


1. Bantuan makanan dan minuman

2. Bantuan set kebersihan diri

3. Bantuan keperluan bayi dan wanita

4. Bantuan keperluan solat



Keadaan mereka di tempat pemindahan sementara.


Kutipan ini juga akan digunakan bagi persediaan menghadapi 5 lagi gelombang yang lebih besar menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.


AYUH, ZAHIRKAN KEPRIHATINAN ANDA TERHADAP MEREKA YANG MEMERLUKAN


"Dialah (Allah) yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang bertaubat)." (Surah al-Mulk, ayat 2)


Semoga dengan bantuan awal ini, kita dapat menyelamatkan lebih ramai mangsa banjir dari terkorban sekaligus musibah yang melanda di negara kita ini akan digantikan dengan nikmat yang tidak terhingga selepasnya. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

avatar

SITI KHADIJAH HASSAN BERSERI

Jumlah: 4

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 09, 2023

Kempen Sumbangan Tamat