KITA BERGANDING BANTU MANGSA BANJIR KILAT

RM755 / 7.55 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

46 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kesusahan orang lain hari ini boleh jadi akan jadi kesusahan kita pada masa hadapan, dikala itu akan ada orang lain yang akan dihantar membantu kita, moga sedekah kita akan menyenangkan kita nanti


Dalam kita membaca perkembangan berita banjir di Pantai Timur, minggu ini kita dikejutkan dengan banjir kilat yang teruk melanda Lembah Klang terutama Kuala Lumpur, kepadatan penduduk Lembah Klang mengakibatkan ramai yang terkesan dan tidak sempat berbuat apa-apa ketika banjir berlaku. Ini adalah kali kedua banjir berlaku di Lembah Klang sejak Disember 2021,



Pusat Pemindahan Sementara(PPS) telah dibuka di Dewan Kelab Sultan Sulaiman. Sementara di Selangor, 8 PPS dibuka iaitu Dewan Camelia Seksyen 10 Putra Heights, Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Indah, Dewan Batu 3, Dewan Kampung Seri Aman dan Dewan Puchong Jaya. Hampir 300 mangsa daripada 56 keluarga ditempatkan.



IKRAR BANTU menyasarkan bantuan sebanyak RM10,000.00 untuk bantuan kepada mangsa dalam bentuk wang tunai, kerana keperluan ini mendesak sementara barang-barang keperluan masih boleh dibeli kerana kedai-kedai masih dibuka dan ianya tidak seteruk seperti banjir yang lalu.


Kami mensasarkan pada peringkat awal seramai 100 penerima manfaat melalui kempen ini. Benar, jika dinilai RM100 adalah nilai yang kecil dan nilai ini inshaAllah mampu meringankan beban mereka dengan pembelian keperluan mereka. 




Firman Allah SWT yang bermaksud; "Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi daripada orang yang soleh."

(Surah al-Munafikun, ayat 10)


Jom sebarkan kebaikan serta jadikan ia suatu amalan dan budaya untuk hulurkan bantuan dan ringankan beban mereka yang kesusahan.


Sesungguh hanya ALLAH membalas sedekah anda.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 14, 2022

Kempen Sumbangan Tamat