ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 29, 2025

RAYUAN KECEMASAN BANTU MANGSA BANJIR DAN TANAH RUNTUH

RM90 / 0.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

8 Penyumbang

114 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari hulurkan tangan, ringankan derita saudara kita di Sukabumi. Saat mereka kehilangan segalanya, hadirkan harapan melalui bantuan anda.


Saudara seiman yang dirahmati Allah, musim hujan lebat baru-baru ini telah mencetuskan banjir serta tanah runtuh di daerah Sukabumi, Jawa Barat.



Menurut laporan rasmi, sekurang-kurangnya 612 keluarga atau 1,835 individu terjejas selepas paras air naik antara 20 hingga 200 sentimeter. Situasi di lapangan sangat genting dengan keadaan rumah-rumah musnah, jalan terputus, dan ribuan penduduk kini bergantung kepada bantuan makanan, air bersih, dan kit kebersihan.



Pasukan ASAR Humanity dan sukarelawan telah bergegas ke lokasi-lokasi terjejas untuk memberikan bantuan kecemasan. Kami membantu membersihkan rumah, masjid, dan sekolah, selain menyalurkan makanan panas, stok barangan asas dan air minuman kepada mangsa yang masih di kawasan pemindahan.



Keperluan segera yang masih mendesak:


1. Makanan panas dan bekalan makanan segera.

2. Air minuman bersih dan kit kebersihan (sabun, pembalut, beg sampah).

3. Pembersihan rumah, peralatan dan sekolah yang dilimpahi lumpur.



Kami mengundang anda untuk turut sama dalam meringankan beban mereka yang menghadapi bencana ini.


“Dan tolong‐menolonglah kamu dalam kebaikan dan takwa…” (Surah Al-Ma’idah : 2)



Inilah peluang kita untuk menunjukkan kasih, berbagi rezeki dan memberi harapan. Semoga Allah melindungi kita semua dan menjadikan sumbangan kita sebagai jalan rahmat kepada mereka yang tengah diuji.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Nov 04, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 02, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2025