BANTU MANGSA BENCANA BANJIR DI TIGA WILAYAH

Dimulakan pada:
01 Dec, 2025
BANTU MANGSA BENCANA BANJIR DI TIGA WILAYAH
0.64%
RM320
/RM50,000
17
penyumbang
86
baki hari

Tentang Kempen

Sahabat Kebaikan, Sudikah Anda Membantu Mereka Bangkit? Bencana mungkin datang serentak, namun kebaikan juga boleh datang dari sesiapa sahaja.

Beberapa minggu kebelakangan ini menjadi hari-hari paling sukar bagi ramai saudara kita di Indonesia. Alam kembali menguji, bencana datang bukan hanya dari satu arah, tetapi daripada tiga wilayah sekaligus. Masing-masing membawa luka serta kehilangan yang begitu mendalam.

Hujan tanpa henti menyebabkan Sungai Cisolok melimpah dengan deras. Dalam beberapa jam sahaja, rumah-rumah ditenggelami air, kedai hanyut, dan ribuan penduduk panik menyelamatkan diri.

Di salah satu pusat pemindahan, seorang ibu dilihat memeluk erat dua anaknya yang masih basah kuyup.

“Kami tak sempat bawa apa-apa, hanya pakaian di badan ini…” katanya perlahan.

Malam itu, kanak-kanak tidur di lantai beralas terpal nipis, perut lapar dan tubuh menggigil kesejukan.

Tidak berakhir di situ, Gunung Semeru kembali menunjukkan peningkatan aktiviti. Letusan kecil disusuli hujan abu menjadikan suasana di kampung-kampung sekitar kaki gunung bertambah cemas.

Penduduk kembali trauma, mengingat tragedi letusan besar yang pernah meragut nyawa. Abu gunung memenuhi rumah, jalan dan sekolah. Ramai warga emas serta kanak-kanak mengalami sesak nafas, manakala ternakan sumber rezeki mereka banyak yang mati kerana kekurangan makanan.

Hujan lebat juga mencetuskan banjir besar dan tanah runtuh di beberapa daerah di Sumatera Utara. Jalan utama terputus, jambatan rosak, dan beberapa kampung terasing sepenuhnya. Pasukan penyelamat masih mencari penduduk yang hilang dibawa arus.

Di salah satu lokasi, seorang lelaki tua duduk kelesuan di tepi runtuhan rumahnya yang sudah musnah.

“Habis semuanya, Pak… rumah, sawah, kambing. Saya pun tak tahu nak tinggal di mana malam ini…” luahnya dengan suara bergetar. Penduduk di tiga wilayah ini sedang memerlukan:

1. Makanan siap saji & beras

2. Air bersih & ubat-ubatan

3. Masker & bantuan perubatan (terutama kawasan terjejas abu gunung berapi)

4. Keperluan bayi & peralatan kebersihan

5. Bantuan binaan rumah sementara / darurat

Di tengah keadaan yang penuh panik dan kehilangan ini, mereka sedang menunggu bantuan daripada #SahabatKebaikan. Bencana mungkin datang serentak, namun kebaikan juga boleh datang dari sesiapa sahaja. Mari kita satukan rasa prihatin untuk membantu saudara-saudara kita yang kini kehilangan rumah, kehilangan punca pendapatan, bahkan kehilangan harapan.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

24 Feb 2026

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

#SahabatKebaikan

Bencana banjir besar Aceh–Sumatera telah memberi kesan yang amat besar terhadap kehidupan masyarakat. Banyak rumah dan infrastruktur rosak, kemudahan awam tidak dapat digunakan, serta ribuan penduduk terpaksa berpindah dan hidup dalam serba kekurangan. Aktiviti harian terhenti dan keperluan asas menjadi perkara yang sangat mendesak.

Menjawab keadaan tersebut, Pasukan Relawan Global Sedekah Movement telah menyalurkan amanah daripada Orang Baik secara langsung ke kawasan yang terjejas akibat bencana. Penyaluran bantuan dilaksanakan di beberapa lokasi, iaitu di Kampung Dusun Jaya dan di Desa Sengayu, Kabupaten Aceh Tamiang.

Antara bantuan yang disalurkan ialah barangan keperluan asas (sembako), makanan siap dimakan, beras, keperluan dapur umum, set generator (genset) bagi menyokong pencahayaan dan aktiviti kecemasan, serta pelbagai keperluan penting lain yang diperlukan oleh para mangsa bencana.

Semua bantuan ini disampaikan kepada masyarakat yang terkesan akibat banjir besar, sama ada mereka yang berada di pusat pemindahan mahupun penduduk yang masih bertahan di sekitar kediaman masing-masing. Penyaluran dilakukan secara berperingkat dan terus oleh pasukan relawan di lapangan bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada semua Orang Baik yang telah mengambil bahagian serta mempercayakan amanah sumbangan melalui Global Sedekah Movement untuk membantu mangsa banjir besar Aceh–Sumatera.

Berkat keprihatinan dan kebaikan Orang Baik, bantuan berupa barangan keperluan asas, makanan siap dimakan, beras, air mineral, keperluan dapur umum, genset serta keperluan kecemasan lain dapat disalurkan secara langsung kepada masyarakat yang sedang berjuang dalam keadaan sukar pascabencana.

Kami mendoakan semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan Orang Baik dengan ganjaran yang berlipat ganda, meluaskan rezeki, mengurniakan kesihatan kepada diri dan keluarga, serta memberikan perlindungan daripada segala musibah.

Semoga setiap bantuan yang diberikan menjadi amal jariah, membawa keberkatan dalam kehidupan, serta menjadi penolong di dunia dan di akhirat. Aamiin ya Rabbal ‘Alamin.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada usaha kebaikan dan harapan buat saudara-saudara kita yang sedang diuji. Semoga Allah SWT sentiasa menjaga dan memberkati setiap langkah Orang Baik.

Barakallahu fikum,

Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 27, 2026
RAJA NORIZA BINTI RAJA ARIFFIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 07, 2025
MEOR ROSAZMAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 03, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 03, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 02, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

INFAQ DI JALAN ALLAH MEMBINA BANGUNAN UNTUK PELAJAR ISLAM
BANTU SEKOLAH DI PEDALAMAN INDONESIA
BIASISWA PEMULIHAN KECEMASAN UNTUK ANAK-ANAK MANGSA BANJIR
BERI PENDIDIKAN LAYAK UNTUK YATIM DHUAFA BISA TERUS SEKOLAH
PROGRAM RAMADHAN BIASISWA UNTUK PELAJAR TAHFIZ QURAN