Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
YAYASAN GLOBAL SEDEKAH MOVEMENT
Dimulakan pada Dec 01, 2025
RM310 / 0.62 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
16 Penyumbang
155 Baki Hari
Beberapa minggu kebelakangan ini menjadi hari-hari paling sukar bagi ramai saudara kita di Indonesia. Alam kembali menguji, bencana datang bukan hanya dari satu arah, tetapi daripada tiga wilayah sekaligus. Masing-masing membawa luka serta kehilangan yang begitu mendalam.
Hujan tanpa henti menyebabkan Sungai Cisolok melimpah dengan deras. Dalam beberapa jam sahaja, rumah-rumah ditenggelami air, kedai hanyut, dan ribuan penduduk panik menyelamatkan diri.

Di salah satu pusat pemindahan, seorang ibu dilihat memeluk erat dua anaknya yang masih basah kuyup.

Malam itu, kanak-kanak tidur di lantai beralas terpal nipis, perut lapar dan tubuh menggigil kesejukan.
Tidak berakhir di situ, Gunung Semeru kembali menunjukkan peningkatan aktiviti. Letusan kecil disusuli hujan abu menjadikan suasana di kampung-kampung sekitar kaki gunung bertambah cemas.

Penduduk kembali trauma, mengingat tragedi letusan besar yang pernah meragut nyawa. Abu gunung memenuhi rumah, jalan dan sekolah. Ramai warga emas serta kanak-kanak mengalami sesak nafas, manakala ternakan sumber rezeki mereka banyak yang mati kerana kekurangan makanan.
Hujan lebat juga mencetuskan banjir besar dan tanah runtuh di beberapa daerah di Sumatera Utara. Jalan utama terputus, jambatan rosak, dan beberapa kampung terasing sepenuhnya. Pasukan penyelamat masih mencari penduduk yang hilang dibawa arus.

“Habis semuanya, Pak… rumah, sawah, kambing. Saya pun tak tahu nak tinggal di mana malam ini…” luahnya dengan suara bergetar. Penduduk di tiga wilayah ini sedang memerlukan:
1. Makanan siap saji & beras
2. Air bersih & ubat-ubatan
3. Masker & bantuan perubatan (terutama kawasan terjejas abu gunung berapi)
4. Keperluan bayi & peralatan kebersihan
5. Bantuan binaan rumah sementara / darurat

Di tengah keadaan yang penuh panik dan kehilangan ini, mereka sedang menunggu bantuan daripada #SahabatKebaikan. Bencana mungkin datang serentak, namun kebaikan juga boleh datang dari sesiapa sahaja. Mari kita satukan rasa prihatin untuk membantu saudara-saudara kita yang kini kehilangan rumah, kehilangan punca pendapatan, bahkan kehilangan harapan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 02, 2025
ROHAIZA BAHALDIN
Menyumbang sebanyak RM30.00
Dec 02, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 02, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 02, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 01, 2025