ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Sep 13, 2023

BANTUAN MANGSA GEMPA BUMI DI MOROCCO

RM125 / 0.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM130,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

GEMPA BUMI YANG TERBURUK DI MOROCCO SEJAK 60 TAHUN YANG LALU YANG TELAH MENGORBANKAN LEBIH 2,900 ORANG DAN MENJEJASKAN HIDUP 300,000 PENDUDUK. SAUDARA KITA DI SANA MEMERLUKAN BANTUAN ANDA.


Pada 8 dan 9 September yang lalu, gempa bumi berskala 6.8 dan 7 skala Richter telah menimpa di kawasan pergunungan di barat daya bandar Marrakesh, bandar keempat terbesar di Morocco atau dikenali sebagai Maghribi. Gempa yang kuat itu turut menggegarkan bandar yang berhampiran seperti Casablanca, Essaouira dan Rabat, ibu negara Morocco.



Gempa bumi tersebut melanda pada jam 11 malam, mengejutkan 300,000 penduduk yang sedang tidur dan berehat pada malam hari. Gemparan yang tiba-tiba itu menyebabkan mereka bertempiaran lari dalam keadaan tidak bersedia. Namun, ramai lagi penduduk yang tidak sempat untuk menyelamatkan diri menyebabkan mereka tertimbus di bawah runtuhan bangunan. Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa masih berterusan sehingga sekarang.



Info setakat 13 September 2023


Jumlah mangsa terkorban: 2,901 orang. Jumlah mangsa cedera: 5,530 orang dan beratus ribu mangsa kehilangan kediaman mereka dan terpaksa tidur di tepian jalan.


Banyak infrastruktur dan bangunan di Marrakesh runtuh dan mengalami kerosakan yang ketara. Ini adalah kerana Marrakesh adalah kota lama dan dipenuhi dengan bangunan-bangunan bersejarah. Struktur bangunan yang lama ini tidak kukuh, menyebabkan ia senang runtuh dan merbahaya buat penduduk di kota lama tersebut. Gempa bumi sekuat ini luar biasa buat kawasan tersebut, menyebabkan pihak berkuasa Morocco kurang bersedia untuk menghadapinya.



RAKYAT MOROCCO MEMERLUKAN BANTUAN ANDA UNTUK PULIH KEMBALI DAN BANGUN SEMULA


Meraka memerlukan bantuan berbentuk makananan, air minuman, selimut dan kediaman sementara seperti khemah. Iltizam Relief Society sedia untuk ke Morocco pada bila-bila masa untuk menghantarkan bantuan ke mangsa gempa bumi.



“Perumpamaan kaum Mukmin dalam berkasih sayang dan persaudaraan sesama mereka adalah seperti satu jasad. Jika salah satu anggota badan sakit, maka seluruh badan akan turut merasa sakit dengan berjaga malam dan demam.”


Kita sebagai satu ummat dalam islam sepatutnya turut merasa sakit dan resah hati apabila melihat saudara kita di Morocco dalam keadaan kesusahan dan kesakitan. Di mana mereka hendak mengharapkan bantuan dan sokongan melainkan daripada saudara-saudara mereka yang berkongsi iman pada Tuhan yang satu.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

SHAMIL

Menyumbang sebanyak RM20.00

Sep 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 15, 2023

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 14, 2023

Kempen Sumbangan Tamat