TABUNG BANTUAN MASJID AL AQSA

RM4,110 / 1.37 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM300,000

92 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Berbagi bukan tentang seberapa besar dan seberapa berharganya hal yang kau beri, namun seberapa tulus dan ikhlasnya apa yang ingin kau beri. Jom bantu masyarakat di Gaza, Palestin.


Rejim zionis sekali lagi menceroboh Masjid Al-Aqsa  dan memukul serta menangkap jemaah yang berada dalam masjid berkenaan. Pencerobohan kali kedua selepas pihak polis dan tentera Israel dilaporkan mencerobohnya pada awal pagi semalam. Sebahagian mangsa yang dipukul penjajah dan ditangkap. Serangan berlaku semula dan kebangkitan tercetus di kebanyakan bandar-bandar Palestin. 



Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) memohon serta merayu orang ramai dapat menyumbang serta membantu saudara islam kita di sana dengan sekhlasnya demi agama supaya dengan bantuan kita semua ujian yang mereka alami sekarang dapat memberikan semangat dan mereka merasakan umat Islam di dunia ini masih bersama mereka. Sama-samalah kita berdoa semoga semuanya kembali pulih. Jom kita bantu mereka walaupun sedikit, insya-Allah dipermudahkan urusan mereka di sana serta tabah mengharunginya.



Polis Israel pula dalam kenyataan mendakwa bahawa pasukannya terpaksa memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa selepas perusuh bertopeng menyembunyikan diri di masjid dengan bunga api, batang dan batu. Keganasan di Tebing Barat yang diduduki dan Baitulmaqdis meningkat sejak tahun lalu dan ada kebimbangan ia akan bertambah buruk pada bulan Ramadan apabila bulan suci umat Islam itu bertembung dengan dua perayaan keagamaan Yahudi dan Kristian.



Kecederaan, penangkapan mereka yang tidak bersalah serta mereka dipukul dan dipijak tanpa belas kasihan mengakibatkan mereka trauma. Kanak-kanak yang sedang melakukan ibadah disepak dan dipijak tanpa perikemanusiaan. Adakah kita hanya membaca dan mendengar sahaja? Ayuh, kita bantu mereka dengan menyumbang agar mereka dapat merasa apa yang kita berikan.




Sama-sama kita doakan agar Masjid Al Aqsa terus dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT. Namun yang lebih penting adalah penyatuan dan perpaduan umat Islam kerana dengan kesatuan dan perpaduan umat Islam, bukan sahaja nasib Masjid Al Aqsa akan terus terpelihara dan terbela tetapi juga Palestin mampu merdeka dan dibebaskan dari cengkaman dan kezaliman rejim zionis Israel.



Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda,


“Setiap hari dua malaikat turun dari langit dan salah seorang dari mereka berkata, “Ya Allah! Gantikan (harta) setiap orang yang membelanjakan dalam jalan-Mu.” dan yang lain (malaikat) berkata, “Ya Allah! Hancurkan setiap yang menahan (hartanya) dari sedekah.” 

(HR Bukhari & Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHAMMAD AFIF

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 08, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM175.00

Apr 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 29, 2024

Kempen Sumbangan Tamat