ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 01, 2024

JOM BANTU NENEK BERJUANG DI USIA SENJA

RM50 / 1.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

4 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu warga emas yang berjuang di usia senja mendapatkan bantuan makanan yang layak dan kebutuhan sehari-hari yang tercukupi.


Usia senja sepatutnya menjadi masa untuk beristirahat dan menikmati sisa hidup dengan tenang. Namun bagi Nenek Kering, hari-harinya dipenuhi dengan penderitaan dan perjuangan.



Bantu Warga Emas Berjuang di Usia Senja: Kisah Nenek Kering yang Mengharukan


Kulit kakinya hampir membusuk akibat jangkitan kulat yang gatal dan menyakitkan. Pecah-pecah dan merekah dari kaki hingga ke wajah, gatal yang tak tertahankan membuat beliau harus terus bergelut dengan kesakitan setiap hari.



Dengan tubuh yang semakin lemah dan membongkok, Nenek Kering sering terpaksa mengengsot kerana sudah tidak kuat untuk berjalan. Dahulu, beliau bekerja sebagai tukang urut untuk menyara hidupnya, tetapi sejak terkena penyakit kulit ini, tiada lagi yang mahu menggunakan khidmatnya kerana takut tertular. Kini, di usianya yang lanjut, Nenek Kering harus bekerja serabutan demi mencari sesuap nasi dan membiayai rawatannya sendiri.


Begitu banyak warga emas seperti Nenek Kering yang terpaksa hidup dalam kesengsaraan di usia tua mereka. Tiada sokongan, tiada tempat mengadu, hanya kekuatan iman yang membuat mereka terus bertahan.



Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang Muslim menolong saudaranya melainkan Allah menolongnya dalam kesusahan.” (HR. Muslim)


ASAR Humanity mengajak anda semua untuk bersama-sama membantu meringankan beban Nenek Kering dan warga emas lain yang hidup dalam kesulitan. Dana yang terkumpul akan digunakan untuk menyediakan keperluan harian, rawatan perubatan, serta sedikit rasa lega di hari-hari terakhir mereka.


Setiap sumbangan, tidak kira kecil atau besar, adalah sinar harapan untuk mereka yang tertindas oleh keadaan. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang anda hulurkan dengan pahala yang berlipat ganda dan rahmat yang tidak berkesudahan, insya-Allah.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 02, 2024

NUR AFIQAH BINTI ADAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 02, 2024

Kempen Sumbangan Tamat