Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
YAYASAN GLOBAL SEDEKAH MOVEMENT
Dimulakan pada May 22, 2025
RM665 / 1.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
48 Penyumbang
Kempen Berakhir!
“Mak tak mahu meminta-minta, selagi Mak masih mampu, Mak akan lakukan setakat yang Mak boleh…” (Nenek Enih, 65 tahun).
f
Nenek Enih, seorang warga emas OKU (Orang Kurang Upaya) yang hidup bersendirian. Suaminya telah lama meninggal dunia dan mereka tidak dikurniakan anak.

Sejak kecil, kedua-dua kaki Nenek memang tidak sempurna, menyebabkan beliau terpaksa mengengsot menggunakan kedua-dua tangannya. Walaupun keadaannya begitu, Nenek tidak pernah mahu dikasihani. Beliau tetap berusaha sedaya upaya, tanpa meminta-minta, demi memenuhi keperluannya sendiri. Di bawah terik mentari dan laluan yang berbukit, beliau menyeret kedua-dua kakinya dan berjalan menggunakan tangan. Lutut dan tapak tangannya sering luka akibat bergesel dengan tanah dan jalan yang panas.

"Setiap malam kedua kaki Mak terasa sakit, Mak cuma mampu beli ubat dari kedai runcit untuk kurangkan kesakitan kaki," luah Nenek Enih.
Berpuluh kilometer dilaluinya dengan mengengsot, peluh membasahi tubuhnya. Tekak yang kering dan dahaga yang ditahan tidak mematahkan semangatnya untuk terus menjual barang dagangan. Bagi beliau, peluh itu adalah peluh yang penuh berkat. Baginya, asalkan rezeki itu halal, beliau sanggup bekerja sekeras mana pun dengan penuh keikhlasan.

Dari pagi hingga petang, Nenek Enih menjaja kerepek dari kampung ke kampung. Seringkali jualannya tidak laku, dan jika habis terjual sekalipun, beliau cuma memperoleh keuntungan sekitar RM5 sahaja. Modal perniagaannya pula diperoleh melalui pinjaman daripada orang lain. Maka, sebahagian hasil jualannya perlu digunakan untuk membayar semula pinjaman tersebut.
"Kalau belum banyak yang terjual dan belum cukup duit nak beli makanan, kadang-kadang Mak makan kerepek jualan Mak sendiri untuk alas perut," kata Nenek Enih.

Ketika ditanya tentang kepayahan sepanjang menjual di jalanan, Nenek berkongsi bahawa ada orang yang berhutang tetapi tidak membayar, malah beliau pernah menerima wang palsu sebagai bayaran. Semakin hari, usianya semakin lanjut dan kesihatannya semakin merosot.

Harapan Nenek hanyalah untuk memiliki perniagaan kecil-kecilan di rumah agar beliau tidak perlu lagi menjaja dari kampung ke kampung. Nenek Enih adalah bukti bahawa kekurangan bukan penghalang untuk terus berjuang mencari rezeki. Dalam keadaan sebegitu, beliau tetap tabah, sabar, dan tidak lupa untuk bersyukur.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 31, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 30, 2025
BEH JIN YEE FAMILY
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 28, 2025
BEH JIN YEE FAMILY
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 27, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 26, 2025