Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Feb 10, 2022

BANTU KECEMASAN BUAT NORLINDDA

RM6,000 / 100.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

258 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita bersama membantu Puan Norlindda untuk mendapatkan tapak fistula baharu untuk kelangsungan hidup beliau. Sedikit sumbangan kita besar makna buat beliau.


KEGAGALAN BUAH PINGGANG, bukan satu penyakit yang perkara asing lagi untuk kita dengari. Pesakit-pesakit ini kebanyakan mereka menderita kerana terpaksa menjalani rawatan yang berpanjangan sehingga akhir hayat. 



Assalamualaikum WBT para penyumbang sekalian. Sekali lagi kami terpanggil mengadakan kempen kecemasan untuk mambantu salah seorang insan istimewa yang tabah dan kuat dalam mengharungi dugaan hidup iaitu Puan Norlindda. Puan Norlinndda telah menjalani rawatan dialisis beberapa tahun yang lalu. Hal ini terjadi dek kerana, sebelum ini beliau telah menjalani pelbagai pembedahan atas sakit yang menimpa dirinya dan pada satu hari dirinya telah mengalami lumpuh separa badan dibahagian bawah.


Oleh kerana permasalahn yang dialami, pelbagai ujian dan pembedahan telah dilakukan, akhirnya 3 tahun selepas pembedahan terakhir iaitu membuang rahim, beliau terpaksa menjalani rawatan dialisis kerana komplikasi buah pinggang.


Gambar semasa pembedahan yang dijalani 3 tahun dahulu



Untuk makluman semua, permanent catheter pesakit adalah pada tahap membimbangkan dan pesakit memerlukan pembedahan untuk fistula baharu pada kadar segera untuk meneruskan hidup. Oleh itu, doktor perubatan di Sunway Medical Center telah menyarankan agar Puan Norlindda mendapatkan tapak fistula baharu di tangan. 


Antara surat rujukan daripada hospital kenyataan sakit




Hal ini tergendala kerana, masalah kewangan yang dialami oleh suaminya serta keluarganya. Oleh itu, kami amat berbesar hati ingin memohon para penyumbang yang dermawan sekalian untuk membantu beliau dalam meneruskan rawatan demi kelangsungan hidup. Benar, mati itu pasti, tetapi apalah daya tanpa usaha dari kita semua untuk bersama membantu beliau mendapat tapak fistula baharu. Kos yang diperlukan hanyalah RM6000 sahaja.


“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan.”

(HR Muslim)



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

ABD MALIK JAFFAR

Menyumbang sebanyak RM105.00

Mar 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Mar 19, 2022

Kempen Sumbangan Tamat