DANA PEMBANGUNAN PUSAT ILMU DAN EKONOMI NUR AZIM

RM769 / 7.69 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

50 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PUSAT ILMU DAN EKONOMI NUR AZIM BATU PAHAT TELAH 50% BERJALAN SEPERTI YANG DIRANCANG DAN AKTIVITI PENDIDIKAN SEDANG RANCAK BERJALAN. JOM MENYUMBANG.


Assalamualaikum. Pusat Ilmu dan Ekonomi Nur Azim, Batu Pahat terletak di lokasi Kampung Mampan di Jalan Simpang Lima , Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kawasan ini terletak atas tanah seluas 3 ekar yang terletak di tepi jalan Simpang Lima, Parit Sulong. Pastinya InsyaAllah memberi manfaat pendidikan awalan Islam kepada penduduk disekitarnya.



Pusat Ilmu dan Ekonomi Nur Azim telah dirangka dan dirancang untuk dijadikan sebuah pusat yang merangkumi 2 aspek iaitu :

1. Ilmu

2. Ekonomi


Melalui perancangan pusat ilmu, Nur Azim mempunyai sebuah Pusat Asuhan Kanak-kanak Islam yang telah ditubuhkan pada tahun 1999. Penubuhan Pusat Asuhan ini adalah bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah dan alternatif bagi memberikan Pendidikan Asas Islam kepada anak-anak kita dan perancangan yang seterusnya adalah untuk menaiktaraf Nur Azim ini bagi menampung pertambahan permintaan pelajar yang semakin bertambah. Nur Azim juga merancang untuk pembinaan surau dan dewan bagi kegunaan masyarakat setempat.



Melalui perancangan pusat ekonomi pula, Nur Azim telah merangka untuk menjadikan pusat ini sebagai pusat ekonomi bagi masyarakat setempat. Dengan mendirikan lot-lot ruang perniagaan dan sebagai hub pengumpulan bagi hasil ekonomi masyarakat sekitar termasuk IKS seperti makanan ringan, hasil kraf serta beberapa perancangan yang lain.


Mari salurkan sumbangan anda untuk bersama menaik taraf Pusat Ilmu dan Ekonomi Nur Azim untuk kegunaan masyarakat Islam setempat. Semoga para penyumbangn sentiasa dirahmati. InsyaAllah. 



Allah SWT berfirman : “ Hai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah SWT dan carilah jalan yang mendekat (diri) kepada-Nya dan berjuanglah pada jalan Allah SWT (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.” Surah AL-Maaidah  ayat 35.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

RAHIMAH MOHD NOH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 22, 2022

Kempen Sumbangan Tamat