DANA PEMBANGUNAN PUSAT ILMU DAN EKONOMI NUR AZMI FASA 2

RM485 / 9.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

33 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM INFAQ PEMBANGUNAN PUSAT ILMU DAN EKONOMI NUR AZIM SEBAGAI SATU SUMBANGAN TERHADAP UMMAH. DENGAN KEKUATAN ILMU DAN EKONOMI DAKWAH ISLAM AKAN TERUS SUBUR DI KALANGAN MASYARAKAT KITA.


Assalamualaikum. Pusat Ilmu dan Ekonomi Nur Azim, Batu Pahat terletak di lokasi Kampung Mampan di Jalan Simpang Lima , Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kawasan ini terletak atas tanah seluas 3 ekar yang terletak di tepi jalan Simpang Lima, Parit Sulong. Pastinya InsyaAllah memberi manfaat pendidikan awalan Islam kepada penduduk disekitarnya.



Pusat Ilmu dan Ekonomi Nur Azim telah dirangka dan dirancang untuk dijadikan sebuah pusat yang merangkumi 2 aspek iaitu :

1. Ilmu

2. Ekonomi


Melalui perancangan pusat ilmu, Nur Azim mempunyai sebuah Pusat Asuhan Kanak-kanak Islam yang telah ditubuhkan pada tahun 1999. Penubuhan Pusat Asuhan ini adalah bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah dan alternatif bagi memberikan Pendidikan Asas Islam kepada anak-anak kita dan perancangan yang seterusnya adalah untuk menaiktaraf Nur Azim ini bagi menampung pertambahan permintaan pelajar yang semakin bertambah. Nur Azim juga merancang untuk pembinaan surau dan dewan bagi kegunaan masyarakat setempat.



Melalui perancangan pusat ekonomi pula, Nur Azim telah merangka untuk menjadikan pusat ini sebagai pusat ekonomi bagi masyarakat setempat. Dengan mendirikan lot-lot ruang perniagaan dan sebagai hub pengumpulan bagi hasil ekonomi masyarakat sekitar termasuk IKS seperti makanan ringan, hasil kraf serta beberapa perancangan yang lain.


Mari salurkan sumbangan anda untuk bersama menaik taraf Pusat Ilmu dan Ekonomi Nur Azim untuk kegunaan masyarakat Islam setempat. Semoga para penyumbang sentiasa dirahmati. InsyaAllah.

 


Allah SWT berfirman : “ Hai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah SWT dan carilah jalan yang mendekat (diri) kepada-Nya dan berjuanglah pada jalan Allah SWT (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.” Surah AL-Maaidah ayat 35.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 18, 2022

NAJIHAH ZAINAL

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 15, 2022

Kempen Sumbangan Tamat