Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dimulakan pada Feb 16, 2023
RM20,003 / 100.02 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000
728 Penyumbang
Kempen Berjaya
Nurul Huda merupakan pesakit kegagalan ginjal tahap akhir (ESRF) sudah menjalani rawatan dialisis selama 13 tahun. Buat pesakit yang menjalani dialisis, mereka perlulah membuat laluan yang dibentuk melalui cantuman arteri dan vein dalam satu pembedahan. Ianya biasa dibuat di bahagian lengan. Bila fistula ni dibentuk, lebih banyak darah akan mengalir di laluan tu dan urat darah pun akan jadi lebih lebar dan tebal. Maka lebih mudah la pesakit buah pinggang nak cucuk jarum mesin dialisis untuk proses cuci darah.
Di tangan kiri Nurul Huda mempunyai fistula yang telah dia gunakan selama 10 tahun bermula pada tahun 2010-2020 dan ianya sudah pecah dan beliau pernah menjalani pembedahan untuk menutupnya di HKL pada tahun 2020 tetapi benjolan di fistula itu semakin membesar dan menyebabkan kulit makin menipis dan risiko fistula itu pecah buat kali kedua amat tinggi. Risiko itu mampu mengancam nyawa Nurul Huda dan boleh menyebabkan kematian.
Hukum mendapatkan rawatan adalah amat dituntut oleh agama kerana ia selari dengan salah satu daripada maqasid Syariah iaitu menjaga nyawa. Ia juga tidaklah menolak konsep tawakal itu sendiri kerana ia adalah salah satu ikhtiar untuk mencari kesembuhan. Ubat dan rawatan adalah ikhtiar dan yang menyembuhkan penyakit adalah daripada Allah S.W.T jua. Semoga kita lebih sihat untuk beribadah.
Justeru, kami di PPIM memohon pihak Tuan/Puan untuk memberikan sedikit sumbangan berjumlah RM10,000 untuk merealisasikan hasrat Nurul Huda membuat pembedahan kali kedua di HUKM. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:
“Allah tidak akan menurunkan penyakit melainkan Dia menurunkan ubatnya.” (Riwayat Al-Bukhari 5678)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
SITI KHADIJAH HASSAN BERSERI
Jumlah: 24
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Feb 18, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 18, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Feb 17, 2023