BANTU HENTIKAN KELAPARAN ANAK YATIM DAN ASNAF AL BARAKH

Dimulakan pada:
24 Feb, 2026
BANTU HENTIKAN KELAPARAN ANAK YATIM DAN ASNAF AL BARAKH
38.06%
RM380,615
/RM1,000,000
13608
penyumbang
313
baki hari

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan mendapatkan bantuan dana bagi menampung kos operasi pusat jagaan anak yatim dan asnaf disini selama setahun.

Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh telah menubuhkan Rumah Amal Asnaf Al-Barakh di Lembah Keramat, Ulu Kelang, yang diasaskan oleh Tuan Haji Yusof Noordin pada tahun 2011.

Kini, kami menjadi tempat berteduh buat hampir 50 orang penghuni yang terdiri daripada anak-anak yatim, golongan asnaf, serta mangsa dera dan pengabaian keluarga. Anak-anak di sini berusia dari 3 tahun sehingga ke peringkat sekolah menengah.

Diasaskan atas rasa simpati, Tuan Haji Yusof Noordin mengambil inisiatif menempatkan anak-anak ini agar mereka dapat menjalani hidup yang lebih sempurna. Kami komited membekalkan kelengkapan belajar, tempat tidur yang selesa, dan bimbingan harian demi menjamin masa depan mereka.

“Sebaik-baik rumah kaum muslimin adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dilayan dengan baik.”

BERI MEREKA PELUANG BINA HIDUP BARU

Anak-anak yatim dibimbing dalam menjalankan kewajipan harian mereka.

REALITI DAN CABARAN DANA OPERASI

Melangkah ke tahun 2026, cabaran kami semakin hebat. Kos operasi kini mencecah RM30,000 sebulan untuk kelangsungan hidup hampir 50 nyawa di sini. Dana ini sangat diperlukan untuk:

- Makan minum & bahan mentah dapur.

- Keperluan & perbelanjaan sekolah serta pengangkutan.

- Bayaran sewa rumah dan bil utiliti (elektrik/air).

- Kos-kos kecemasan dan pengurusan harian.

SUMBER KEWANGAN

Pertubuhan kami tidak mempunyai pendapatan atau sumber kewangan tetap. Kami bergantung sepenuhnya kepada sumbangan ikhlas ahli sukarela dan orang ramai yang berkunjung. Ketiadaan dana tetap sering mengganggu aktiviti anak-anak.

Malah, ada ketikanya apabila bekalan terputus, kami terpaksa menghidangkan nasi goreng kosong atau bihun goreng kosong sahaja buat mereka. Kami merayu ihsan anda agar dapur kami terus berasap dan anak-anak ini tidak lagi berlapar.

AYUH MENYUMBANG

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebagian harta yang kamu cintai dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” Surah Ali Imran, ayat 92

Ekoran itu, Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada penderma untuk menyumbang untuk Rumah Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia. Semoga dengan sumbangan anda mampu untuk menampung kos operasi bagi menyediakan dan membina kemudahan pembelajaran dan kemahiran yang lebih selesa.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 16, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 16, 2026
SUPER MENG
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 16, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 16, 2026
KHALEEDAERAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 16, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

SEDEKAH AL QURAN CERDASKAN PELAJAR DHUAFA
BANTU MADRASAH AL-MUHSININ MENYOKONG RANGKAIAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
BIASISWA PELAJAR TAHFIDZ QURAN YATIM PIATU MISKIN DAN ASNAF
BERI PENDIDIKAN LAYAK UNTUK YATIM DHUAFA BISA TERUS SEKOLAH
INFAQ PEMBINAAN TANDAS DAN BUMBUNG KANOPI TAHFIZ