KEMPEN KASIH SAYANG

RM265 / 0.66 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM40,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kita akan buat mereka ini dapat rasa nikmat berpuasa dan berhari raya seperti mana kita yang berseronok menyambut Ramadan dan bulan syawal

Orang Asli atau Orang Asal antara golongan yang sering dipandang enting oleh masyarakat umum terutamanya dari segi bantuan dan lain-lain. Melihat kepada keadaan ini, rupanya begitu ramai golongan orang asli terlalu ketinggalan dengan dunia luar serta prasarana yang disediakan. 




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Di Hulu Perak ini terdapat bebrapa perkampungan Orang Asli dan setiap kampung hanya terdiri dari beberapa buah keluarga beranggaran 100 orang penduduk sahaja. Kami KEKITA telah beberapa kali mamasuki kampung tersebut pada mulanya untuk pengambaran telemovie untuk TV Lenggong.


Oleh kerana kami telah memaparkan keadaan penduduk di situ, kami telah dihubungi oleh beberapa NGO berdekatan untuk sukarela datang membantu dan mereka juga membantu dalam mendirikan tandas untuk keselesaan penduduk.Kami juga telah sepakat untuk masuk semula untuk lebih mengenali penduduk orang asal ini.Kami pergi dengan membawa baju-baju terpakai yang masih elok untuk kegunaan kanak-kanak dan orang dewasa.


Kami disambut baik oleh mereka. Mereka amat berbesar hati kerana sebelum ini tiada siapa yang datang melawat atau ambil tahu keperluan mereka di situ. Perjalanan kami ke sana memakan masa lebih kurang 45 minit dari jalan besar dan perjalanan jadi lebih menarik kerana jalan untuk masuk ke kampung mereka ini tidak boleh dimasuki oleh kereta biasa kerana jalan yang berbukit-bukau dan berlubang. Cukup mencabar setiap pacuan 4 roda yang kami naiki.  


Bantuan pertama yang kami berikan kepada Penduduk Orang Asal (FASA 1) 



Bantuan pakaian serta sedikit barangan asas 


Penduduk di sini baru diislamkan pada beberapa tahun. Walaupun mereka ini beragama islam mereka tidak pernah merasai suasana berpuasa dan berhari raya seperti mana kita meraikan hari raya.


Kami KEKITA berhajat untuk masuk ke kampung ini dengan beberapa 4x4 untuk meraikan ramadhan dan memberi sumbangan makanan dan pakaian berhari raya buat mereka. Antara kampung yang kami akan ziarah :

1.Kampung Orang Asli Lawin Selatan

2.kampung Orang Asli Bukit Sapi

3.Perkampungan Orang Asli Kg Sawa


Sumbangan rakyat Malaysia amat diperlukan bagi melancarkan program ini dan kami akan laksanakan pada bulan Ramadhan ini nanti. Sumbangan anda akan megukir seribu kenangan buat mereka.




Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 16, 2022

Kempen Sumbangan Tamat