Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Jan 25, 2022

KEMPEN BANTU WARGA EMAS DAIF DI LANGKAWI

RM30,088 / 100.29 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

1067 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita bantu keluarga Pak Ad dalam baikpulih serta ringankan sedikit beban mereka sekeluarga.

MashaAllah! Ya KEDAIFAN ini di Pekan Kuah, Langkawi. Di saat kita dan keluarga menikmati kehidupan yang selesa, Pak Ad dan keluarganya meneruskan kehidupan yang serba kekurangan dan daif.



Assalamualaikum wbt, Dengan keizinan Allah SWT, wakil kami di PPIM telah terpanggil untuk berkunjung ke salah sebuah rumah penerima manfaat Kotak Infaq Rezeki. Kali ini, pihak kami bukan sahaja sedih tetapi terkesima kedaifan di sana dengan keadaan tempat tinggal Pak Ad sekueluarga yang serba kekurangan bah kan tidak ubah seperti reban ayam. Lihatlah keadaan rumah Pak Ad dan keluarga berteduh di Kampung Kelibang tepi laut yang terletak di Pekan Kuah, Langkawi.


Ya! Di zaman dunia penuh dengan perubahan teknologi serta kemajuan kala ini, masih ada lagi golongan atau keluarga yang mendiami rumah usang yang hampir menyembah bumi. Atap rumah tidak sesuai lagi digunakan. Apabila hujan, keadaan atap yang bocor menyukarkan Pak Ad yang terlantar lumpuh tidak berdaya. Melihat atap rumah yang terlalu usang memungkinkan akan jatuh apabila hujan lebat seterusnya mengundang bahaya pada penghuninya.


Keadaan bumbung rumah Pak Ad yang bocor dan berlubang






Jom sama-sama kita berganding bahu dalam membantu keluarga Pak Ad. Sekecil apa pun sumbangan yang kita berikan tetapi besar nilainya di sisi Allah, inshaAllah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi daripada orang-orang yang soleh. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.” (Surah al-Munafiqun, ayat 10-11)


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Aug 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 14, 2022

Kempen Sumbangan Tamat