Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
YAYASAN GLOBAL SEDEKAH MOVEMENT
Dimulakan pada Sep 08, 2025
RM160 / 3.20 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
9 Penyumbang
38 Baki Hari
“Tak lama selepas saya jatuh sakit dan diberhentikan kerja, isteri saya pergi meninggalkan saya. Mungkin saya sudah tidak punya apa-apa lagi, motosikal dan semua barang berharga sudah dijual untuk biaya perubatan dan keperluan harian,” ujar Pak Maman sambil menangis.
Ujian yang dilalui Pak Maman seakan-akan datang bertubi-tubi menimpanya. Pada tahun 2016, beliau mengalami kemalangan motosikal yang menyebabkan lutut kanannya cedera. Pada ketika itu hanya dirawat ala kadar, diurut dan diberi ubat herba. Namun, semakin hari keadaan kakinya semakin teruk, sehingga dibawa ke hospital dan doktor mendiagnosis terdapat tumor di lututnya dan perlu menjalani pembedahan.

Pembedahan sudah dijalankan dan rawatan hanya berjalan selama 7 bulan kerana kekangan kos. Sepanjang terbaring sakit, Pak Maman tidak dapat bekerja dan akhirnya diberhentikan kerja.

Lebih menyedihkan, tidak lama selepas itu isterinya sanggup meninggalkannya bersama kedua-dua anak mereka ketika keadaan Pak Maman sangat terpuruk. Beliau terpaksa melalui keterbatasannya dengan penuh kesendirian, untuk berdiri pun tidak mampu apatah lagi berjalan. Kini lutut kanannya terdapat benjolan besar.

Tidak terbayang betapa hancurnya hati dan perasaan Pak Maman ketika itu, saat isterinya memilih untuk pergi. Sejak itu, hidup Pak Maman berubah drastik dan beliau mengalami kemurungan.

Tanpa isteri, anak-anak dan saudara yang dekat, ketika sakit Pak Maman hanya bergantung pada belas kasihan jiran tetangga. Tempat tinggal yang diduduki adalah rumah sewa yang sudah berbulan-bulan tertunggak. Namun keadaan menyedarkan beliau bahawa hidup mesti diteruskan. Pak Maman dipaksa bangkit daripada rasa kecewa. Beliau tidak mahu selamanya hidup bergantung pada belas ihsan orang lain.
“Saya sudah cuba cari kerja, tapi ramai yang menolak kerana saya cacat dan lutut saya sering mengeluarkan darah serta nanah yang berbau tidak menyenangkan. Itu sebab saya tutup lutut saya dengan lampin supaya darah dan nanah tidak meleleh keluar,” ujarnya.

Kini walaupun segalanya terasa berat, Pak Maman tidak pernah berputus asa. Dengan berjalan terhincut-hincut, beliau berkeliling di sekitar pasar menawarkan tenaganya sebagai kuli angkut.
“Izin Bu, biar saya bantu bawa barangnya ya?” “Kak, biar saya tolong angkat barangnya ya?”
Hanya daripada pekerjaan ini Pak Maman boleh bertahan, itupun dengan pendapatan tidak menentu sekitar RM3 – RM5 sehari, bergantung pada ada atau tidak orang yang menggunakan khidmatnya. Namun seringkali, ramai yang menolak kerana bau tidak menyenangkan dari lututnya.

“Sudah bertahun-tahun saya tidak berjumpa anak-anak, saya rindu sangat ingin bertemu. Tapi saya tidak punya apa-apa, tidak ada duit tambang untuk bertemu anak saya. Makan sehari-hari pun kekurangan, apatah lagi nak beri sesuatu untuk anak-anak,” ungkapnya.
Dari lubuk hati yang paling dalam, Pak Maman sangat ingin memiliki perniagaan kecil-kecilan agar beliau tidak perlu berkeliling lagi, dapat bertemu anak-anaknya serta memenuhi keperluan hidup yang selama ini tidak tercapai.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 10, 2025
MISBA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 10, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 10, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 09, 2025