Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM30 / 1.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
3 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Saudara-saudara kita di Gaza, Palestin, sekali lagi diuji dengan musibah yang amat menyayat hati. Dalam situasi yang sudah sangat memprihatinkan, kem pelarian mereka telah diserang dan dibom oleh tentera Zionis. Ini menyebabkan kebakaran besar.

Bantu Saudara Kita di Gaza: Sumbangan Anda, Harapan Mereka
Tragedi ini meragut nyawa beberapa pengungsi yang dibakar hidup-hidup. Peristiwa ini mengingatkan kita bahawa penderitaan saudara kita di Palestin masih berlanjutan dan belum berakhir.

Allah SWT mengingatkan kita dalam Al-Quran tentang sifat-sifat kaum yang zalim, termasuk Bani Israel yang pernah melakukan kezaliman terhadap umat terdahulu: "Mereka itulah orang-orang yang mengatakan: 'Sesungguhnya Allah itu fakir dan kami kaya.' Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar. Dan Kami akan mengatakan (kepada mereka): 'Rasailah azab yang membakar."
(Surah Ali Imran: 181)

Kezaliman yang sama terus berlaku hari ini terhadap saudara kita di Gaza. Mereka masih terperangkap dalam kemiskinan, ketakutan, dan penindasan. Sebagai umat Islam, kita tidak boleh membiarkan mereka berjuang sendirian. Tanggungjawab kita adalah membantu mereka yang tertindas, bukan hanya dengan doa tetapi juga dengan tindakan nyata.

Marilah kita bersama-sama menghulurkan sumbangan dalam bentuk makanan, air bersih, tenda baharu, pakaian, dan keperluan-keperluan asas lainnya. Setiap sumbangan, walaupun kecil, membawa harapan besar bagi saudara-saudara kita yang sedang berjuang untuk hidup. Semoga dengan sumbangan kita, kita dapat meringankan penderitaan mereka dan memperlihatkan solidariti kita kepada Palestin.


Mari kita tunaikan amanah ini dengan penuh keikhlasan, kerana mereka memerlukan sokongan kita sekarang lebih daripada sebelumnya. Jangan biarkan Gaza terus menderita. Semoga Allah SWT menerima setiap amalan kebaikan kita dan melipatgandakan ganjaran bagi setiap kebaikan yang kita lakukan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Bangun Kembali Palestin!
Alhamdulillah, pasukan ASAR Humanity telah berjaya menyalurkan bantuan makanan untuk saudara-saudara kita di Palestin. Bantuan berupa roti telah diberikan kepada keluarga-keluarga Palestin yang tinggal di kawasan pengungsian.


Dengan sokongan para penderma, kami dapat mengirimkan bantuan makanan ini secara rutin. Semoga setiap sumbangan yang disalurkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan memberikan kebahagiaan kepada saudara-saudara kita di Palestin.


Jom bersama-sama kita ringankan beban mereka!
https://sumbangan.com/sedekahrotibatch24
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
ASAR Humanity Team
#BuatBaik
#BangunKembaliPalestin

🌍 29 November - Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin
Hari ini, kita bersama-sama memperingati perjuangan rakyat Palestin yang tidak pernah gentar demi hak, kebebasan, dan maruah mereka. Sebarkan kesedaran, tingkatkan doa, dan teruskan usaha membantu mereka yang memerlukan.
💔 Selamanya Jaga Palestin, selamanya bersama mereka. 💔
#SelamanyaJagaPalestin
#SolidaritiUntukPalestin
#PrayForPalestine
NORMASTURA BINTI SULAIMAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 18, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 18, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 18, 2024