ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 21, 2024

SEDEKAH BANTU KEHIDUPAN PENGHIDAP TUMOR DAN KANSER

RM55 / 1.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

5 Penyumbang

36 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh kita ringankan beban adik Rafka yang menghidap penyakit tumor. Bantuan ini sangat besar maknanya untuk membantu ibu Rafka membesarkanya dengan lebih baik.


Mari kita hayati kisah adik Rafka, seorang bayi yang lahir pramatang dan kini sedang berjuang melawan tumor di perutnya. Tumor tersebut menyebabkan perutnya membesar dan Rafka terpaksa menanggung kesakitan setiap hari. Dia hanya mampu menangis dan menjerit kerana tidak mampu menahan derita yang dialaminya. Ibubapanya tidak berkemampuan untuk menyediakan rawatan dan makanan berkhasiat yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhannya serta mempercepatkan pemulihan.



Ibu Rafka, Puan Ramini, seorang janda yang ditinggalkan suami, kini bekerja sebagai buruh tani dengan pendapatan yang tidak menentu. Beliau berusaha sekuat hati membesarkan anaknya seorang diri, namun keadaan hidup yang serba kekurangan membuatkan beliau sukar menyediakan makanan berkhasiat untuk Rafka.


"Untuk hidup pun sudah susah, apatah lagi nak beri makanan berkhasiat. Mungkin kerana itulah anak saya jatuh sakit," kata Puan Ramini dalam nada sedih.



“Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim.”

(Al-Ma'un: 1-2)


Rafka hanyalah salah satu daripada ramai kanak-kanak yang menderita penyakit tumor dan kanser tetapi tidak mendapat rawatan sewajarnya kerana kekangan ekonomi. Mereka terpaksa berjuang dalam keadaan serba kekurangan tanpa rawatan perubatan yang memadai atau nutrisi yang mencukupi.



Mari kita bersama-sama menghulurkan bantuan untuk kanak-kanak seperti Rafka agar mereka dapat menerima rawatan, makanan berkhasiat, susu dan nutrisi lain yang diperlukan untuk mempercepatkan pemulihan mereka. Dengan sokongan kita, mereka mempunyai peluang untuk pulih dan menikmati masa depan yang lebih cerah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 24, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 22, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Oct 22, 2024

NORZIMA BINTI KAMSAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 22, 2024