ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jul 01, 2025

INFAQ BANTU PUSAT TAHFIZ BERDIKARI DENGAN PROGRAM BENIH IKAN

RM190 / 1.27 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jadikan sedekah anak ikan anda sebagai sedekah jariah yang tidak akan pernah putus. Jom bantu!


Alhamdulillah, dengan sumbangan anda sebelum ini, ASAR Humanity telah berjaya menyampaikan lebih 1,000 bantuan makanan kepada maahad dan pusat tahfiz yang memerlukan di seluruh Indonesia. Bantuan ini memberi kelegaan dan membantu para pelajar tahfiz mendapatkan nutrisi yang cukup dalam kehidupan seharian mereka.



Namun, kami percaya bahawa bantuan yang berterusan bukan sekadar memberi makanan, tetapi membina sumber makanan yang lestari agar mereka boleh berdikari dan terus berkembang.


Kini kami ingin melangkah lebih jauh.


Melalui kempen ini, kami bekerjasama dengan salah satu maahad yang sangat mengambil berat tentang kelangsungan hidup para pelajarnya. Mereka telah membina kolam ikan sebagai usaha untuk menyediakan makanan harian sendiri dan juga sebagai pusat pembelajaran kemahiran hidup kepada anak-anak tahfiz.



Anak-anak ini bukan sekadar menghafal al-Qur’an, tetapi juga belajar menjadi petani ikan kecil-kecilan, membina ilmu dan kemahiran yang boleh mereka guna sepanjang hayat. Hasil sumbangan membantu untuk membeli:


1. Anak Ikan (Benih): RM30 untuk 100 ekor

2. Makanan Ikan: RM40 untuk 1 pek makanan

3. Alat Memancing & Jaring: RM50 satu set

4. Sumbangan Umum Projek: RM10 dan ke atas



Melalui sedekah kecil ini, anda sedang membina masa depan yang besar untuk anak-anak tahfiz. Jom jadikan sedekah anak ikan anda sebagai sedekah jariah yang tidak akan pernah putus. Semoga lebih banyak maahad dan pusat tahfiz dapat mencontohi inisiatif ini dan berdikari dengan izin Allah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 03, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 02, 2025

Kempen Sumbangan Tamat