MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jan 16, 2023

BANTU SEDEKAH BERAS PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN YATIM

RM1,660 / 55.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

92 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BAHAGIAKAN ANAK-ANAK TAHFIZ DENGAN SEDEKAH BERAS YANG TERBAIK BUAT MEREKA. RAIH KEAMPUNAN ALLAH DENGAN BANTU MEREKA MENGENYANGKAN ORANG ISLAM YANG LAPAR.


“Memberi makan kepada orang islam yang lapar ialah amalan yang mewajibkan keampunan daripada Allah SWT” (HR Baihaqi)


Sedekah makanan tidak hanya bernilai pahala, tetapi juga sarat akan nilai sosial. Mulai dapat mengeratkan ukhuwah antara sesama saudara muslim sehinggalah dapat menyelamatkan akidah Islam seorang muslim. Kerana itulah memberi makan juga termasuk salah satu amalan mulia yang dicintai Allah seterusnya mendapat keampunan Allah SWT.



Nasi merupakan makanan ruji utama rakyat Malaysia kerana ianya sumber tenaga yang cepat dan mudah diperoleh. Oleh kerana nasi merupakan karbohidrat, ia akan terurai seperti karbohidrat yang lain di dalam badan manusia dan nasi adalah satu-satunya sumber karbohidrat yang mampu memberi tenaga berpanjangan.


Jika hari ini kita masih boleh tersenyum gembira, tertawa, hidup bahagia tanpa kekurangan, dapat membeli apapun yang kita inginkan, dengan rezeki yang diberikan Allah SWT, maka bersyukurlah. Jika hari ini kita masih boleh tidur nyenyak, dengan perut kenyang, fikiran tenang, serta serba berkecukupan, maka bersujudlah kepada Allah pemberi segalanya. Marilah berkongsi nikmat rezeki dengan bantu sedekah beras bagi menzahirkan lagi rasa syukur dengan memperbanyak amal kebaikan terhadap sesama manusia.



Sehubungan itu, pihak maahad mengadakan kempen sedekah beras bagi memenuhi keperluan jasmani anak-anak tahfiz di sini untuk menuntut ilmu. Makanan yang berkhasiat amat penting terutamanya bagi mereka yang berjuang mempelajari Al-Quran ini. Anak-anak tahfiz yatim dan asnaf yang menghafal Al-Quran yang insyaAllah mulia di mata Allah ini seharusnya mendapatkan makanan yang mencukupi dan berkhasiat untuk mereka.



Di dalam Al-Quran disebutkan bahwa orang yang memberi makan akan dapat menempuh jalan mendaki dan sukar (aqabah). Allah SWT bertanya, “Dan tahukah kamu apakah kiranya jalan yang mendaki dan sukar itu?” (S.al-Balad:12). Pertanyaan ini dijawab sendiri oleh Allah SWT, "Memberi makan pada hari kelaparan.” (S. al-Balad: 14)


Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas kemurahan dan kebaikan hati muslimin dan muslimat yang menyumbang untuk sedekah beras buat para pelajar tahfiz di sini. Semoga setiap bacaan doa dan lantunan ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh anak-anak tahfiz ini menjadi pemberat timbangan dan amal jariyah para dermawan yang akan terus mengalir pahalanya serta menjadi saksi pembela di akhirat nanti. Amin.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 27, 2023

MUHAMAD RIDZUAN BIN ROSLEY

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 24, 2023

Kempen Sumbangan Tamat