MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Dec 28, 2022

BANTU SEDEKAH KARPET SOLAT SURAU TAHFIZ NURUL HIDAYAH

RM1,795 / 29.92 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

54 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU SEDEKAH KARPET SOLAT UNTUK SURAU TAHFIZ NURUL HIDAYAH. KUMPUL SAHAM AKHIRAT AGAR ANAK-ANAK TAHFIZ DAPAT MENUNAIKAN SOLAT DAN IBADAH LAIN DENGAN SELESA.


Solat merupakan tiang agama dan perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak adalah solat. Salah satu fasiliti surau atau masjid yang terpenting sekali adalah karpet solat. Sehubungan itu, menjadi keutamaan kami untuk menyediakan tempat solat yang nyaman, bersih dan selesa agar jemaah yang menunaikan solat dapat meraih kekhusyukkan. Sebagaimana sabda Nabi SAW saat paling hampir dengan Allah SWT adalah ketika sujud.


“Keadaan paling dekat seorang hamba dari Rabbnya adalah ketika dia dalam keadaan sujud, maka perbanyak doa (di dalamnya)” (HR. Muslim)



Muslimin dan muslimat yang dermawan, kempen ini bertujuan untuk mencari dana bagi pembelian karpet solat untuk surau Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Anggaran jumlah kos karpet adalah RM6000. Pihak AJK maahad memerlukan bantuan segera bagi menyediakan kemudahan ibadah yang selesa kepada semua pelajar, guru dan kakitangan maahad untuk solat berjemaah dan program pengajian keagamaan serta aktiviti dakwah.



Tambahan pula, Allah SWT menjanjikan sesuatu kepada umat Islam yang memakmurkan masjid atau rumah Allah. Dalam sebuah Hadits Qudsi, Allah berfirman “Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sesungguhnya Aku bermaksud akan menurunkan siksa kepada penduduk bumi, tapi ketika Aku melihat penghuninya sedang memakmurkan rumah-Ku (masjid), saling mengasihi sesama mereka karena Aku, selalu melakukan istighfar kepada-Ku di waktu sahur, maka Aku palingkan siksaan itu dari mereka.”



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas sumbangan Tuan/Puan untuk mengimarahkan rumah Allah. Semoga kalian sentiasa mendapat kebaikan, keberkatan dan ganjaran syurga Allah di akhirat kelak. Kemurahan hati ini tidak dipulangkan dengan pahala biasa malahan Allah SWT mejanjikan pahala yang berlipat ganda kerana bersedekah.


“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Surah al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jan 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 20, 2023

NURUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 09, 2023

Kempen Sumbangan Tamat