Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM165 / 5.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
15 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di Kampung Sekunyik, Lombok Timur, Masjid Baburrahman menjadi pusat ibadah bagi masyarakat, tetapi masjid ini menghadapi masalah besar yaitu kesukaran mendapatkan air bersih untuk berwudhu.
Warga kampung terpaksa mengambil air dari sungai dan waduk yang terletak jauh dari masjid. Sebelum ini, pernah ada usaha menggali sumur dengan kedalaman 5-8 meter, tetapi ketika musim kemarau, sumur itu menjadi kering dan tidak lagi mampu memenuhi keperluan mereka.
“Kami di sini, masalah utamanya adalah air bersih. Kerana sumur yang kami gali sudah kering,” kata salah seorang penduduk Kampung Sekunyik.
Bagi mereka, Masjid Baburrahman bukan sahaja tempat beribadah, tetapi juga menjadi harapan utama untuk mendapatkan air bersih. Semoga masyarakat tidak lagi perlu berjalan jauh dan membawa baldi berat hanya untuk mendapatkan setitis air, masjid ini amat memerlukan bantuan kita.
Untuk memenuhi keperluan masyarakat di Kampung Sekunyik, diperlukan perigi dengan kedalaman 70-80 meter. Selain itu, terdapat banyak lagi masjid di kampung-kampung lain yang menghadapi masalah serupa iaitu kesukaran mendapatkan air bersih untuk berwudhu. Sumbangan yang terkumpul akan digunakan untuk menyalurkan air bersih, membina perigi, dan menyediakan kelengkapan masjid lainnya.
Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik sedekah adalah memberi air." (HR. Ahmad)
Mari kita bersama-sama membantu mereka. Setiap sumbangan anda adalah harapan buat mereka yang memerlukan. Semoga Allah memberkati setiap amal kebaikan kita dan membalasnya dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 10, 2024
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 10, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 10, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 10, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 09, 2024