Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM220 / 2.20 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
14 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bulan lalu, pasukan ASAR Humanity telah berkunjung ke wilayah timur Indonesia untuk mengenal pasti kawasan yang memerlukan agihan daging qurban sempena Aidiladha yang bakal tiba.

Dalam perjalanan itu, kami singgah di sebuah perkampungan kecil di Kupang. Sebuah kampung terpencil yang memperlihatkan tingkat kemiskinan yang sangat membimbangkan. Rumah-rumah dibina dari bahan asas, banyak yang hampir roboh. Mereka makan apa yang ditanam sendiri, sayur kampung dan ubi. Namun, kekurangan sumber protein dan zat penting, terutamanya bagi golongan warga emas yang uzur dan tidak lagi mampu bekerja. Akses kepada rawatan kesihatan juga sangat terbatas.

Walaupun begitu, mereka tetap tabah menjalani hidup seadanya.
Maka, selain daripada menghantar daging qurban tahun ini, kami juga akan memberikan “Pakej Nutrisi” khas untuk warga emas yang sangat memerlukan. Melalui kempen ini, anda boleh menyumbang:
1. Madu asli
2. Susu khas untuk warga emas
3. Vitamin tambahan
4. Makanan berzat tinggi

Sumbangan anda akan membantu memperkuatkan tubuh mereka, mengurangkan kesan kekurangan zat, dan meringankan beban hidup harian mereka.
"Tidak akan berkurang harta seseorang kerana bersedekah..."
(HR. Muslim)
Mari berkongsi rezeki Aidiladha bukan hanya dengan daging, tapi juga dengan kesihatan. Warga emas juga berhak untuk hidup dengan lebih sihat dan bermaruah. Satu pek nutrisi, satu langkah menuju kehidupan yang lebih baik. Jom jadi sebahagian daripada kebaikan ini, bersama ASAR Humanity dan sumbangan anda di sumbangan.com.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 24, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 24, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 23, 2025
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 23, 2025