ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 10, 2024

HOT MEALS, AIR MINUM DAN KHEMAH UNTUK ANAK-ANAK YAMAN

RM270 / 9.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantu anak-anak Yaman mendapatkan makanan hangat, air bersih dan tenda untuk berlindung di tempat pelarian bersama ASAR Humanity.


Sahabat dermawan yang dirahmati Allah, mari kita sama-sama menatap kondisi saudara-saudara kita di Yaman yang telah menderita sekian lama akibat perang yang tidak kunjung usai.


Negara yang dahulunya penuh dengan sejarah dan peradaban gemilang, kini berhadapan dengan krisis kemanusiaan yang sangat parah. Sumber air bersih hampir mustahil didapati, makanan yang berkhasiat sukar diperolehi, dan banyak anak-anak di sana yang mengalami stunting akibat kekurangan gizi.



Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ma’un, ayat 1-2:


"Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak yatim."


Anak-anak di Yaman kini hidup dalam kondisi yang sangat memprihatinkan, dan kita tidak boleh menutup mata terhadap penderitaan mereka.



Sebagai umat Islam, kita memiliki tanggungjawab untuk membantu mereka yang memerlukan, khususnya anak-anak dan keluarga yang terjebak dalam krisis ini. ASAR Humanity berkomitmen untuk membantu saudara-saudara kita di Yaman. Dengan setiap bantuan yang kita hulurkan, kita bisa memberikan senyuman kecil di wajah anak-anak Yaman yang telah lama hilang kegembiraannya.



Dana yang terkumpul akan digunakan untuk menyediakan makanan hangat, paket pangan, air bersih, serta tenda-tenda bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal.



Setiap ringgit yang kita dermakan adalah pahala yang berlipat ganda di sisi Allah SWT, kerana sabda Nabi Muhammad SAW:


"Sedekah itu akan memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api." (Hadis Riwayat Tirmidzi)


Marilah kita bergabung dalam usaha ini untuk membantu mereka yang sangat memerlukan di Yaman. Semoga dengan bantuan kecil kita, Allah SWT memberikan keberkahan yang besar dan menjadikan kita sebab kebahagiaan bagi mereka.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

SEMUT HITAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 11, 2024

Kempen Sumbangan Tamat