Di saat anak-anak seusianya riang bermain dan menikmati masa kecil, Adik Atun yang baru berusia 11 tahun sudah memikul beban hidup seorang dewasa. Sebelum melangkah ke sekolah setiap pagi, Atun mesti memastikan bekalan air di rumah cukup untuk kegunaan nenek dan adiknya minum, memasak, serta berwuduk. Kadang-kala, dia turut mengangkut air buat jiran tetangga demi upah kecil sekitar RM1 hingga RM2 untuk dibelikan sedikit makanan harian.

Sekembalinya dari sekolah, tugas Atun belum selesai. Di saat rakan-rakan sebaya berkumpul untuk bermain, Atun mengambil kesempatan itu untuk menjaja keropok di sekitar kawasan permainan mereka. Tiada rasa malu dalam diri anak kecil ini, kerana dalam fikirannya hanya ada nasib adiknya yang memerlukan wang saku (sango) sekolah serta neneknya yang bergantung harap padanya untuk membeli beras.

Kehidupan mereka amat daif, mendiami sebuah rumah sangat sederhana yang hanya terdiri daripada satu bilik dan teras kecil sahaja. Tanpa kasih sayang seorang ayah, Atun menjadi tiang bergantung buat keluarga kecil ini. Setiap titisan peluh dan usaha gigih Atun adalah bukti cinta dan pengorbanannya agar adik dan neneknya tidak mengikat perut menahan lapar.

Rasulullah SAW bersabda bahawa orang yang mengasihi dan memelihara anak yatim akan bersama baginda di dalam syurga kelak. Mari Tuan/Puan, kita hulurkan bantuan ikhlas untuk meringankan beban Atun dan keluarganya. Sumbangan anda bukan sahaja menyediakan barangan asas dapur dan keperluan sekolah mereka, malah mengukir senyuman serta memberikan harapan baharu buat anak yatim yang cukup gigih ini. Klik "Sumbang Sekarang" dan mohon bantu sebarkan kempen kebaikan ini. Semoga Allah melipatgandakan rezeki Tuan/Puan sekeluarga. Amin YRA.
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini