BARANGAN KEPERLUAN BERTERUSAN UNTUK RAKYAT PALESTIN

RM1,240 / 12.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

39 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh rakyat Malaysia, saudara di Palestin memerlukan bantuan kecemasan terutamanya sokongan kewangan untuk bantuan makanan dan minuman ini. Jom bantu mereka!


Sudah lebih 300  hari, saudara kita yang berada di bumi Palestin berada dalam keadaan yang sangat berbahaya. Mana tidaknya mereka terdedah kepada bahaya di mana bila-bila sahaja bom ataupun serangan daripada puak zionis Israel. Tidak banyak yang boleh kita lakukan di sini selain daripada menghantar bekalan makanan ataupun wang ringgit untuk keperluan membeli barang keperluan mereka di sana.



Ramai di antara mereka yang terkorban akibat daripada kebuluran dan juga pengeboman kejam oleh pihak Zionis. Menjadi kewajipan kita untuk terus membantu saudara kita di sana dengan menyalurkan bantuan terutamanya dari segi keperluan makanan dan minuman mereka.



Antara sumbangan yang kita berjaya kumpulkan sebelum ini dan disalurkan terus kepada NGO yang dapat memasuki untuk membawa bantuan secara langsung untuk saudara kita di sana.

Sumbangan yang berterusan ini haruslah kita konsisten dilaksanakan kerana pada ketika ini, pihak Zionis terus membedil kawasan orang awam sehinggakan saban hari, jumlah yang meninggal dunia dan cedera terus meningkat. Biarlah dengan jihad kecil kita ini, ianya akan menjadi saksi di akhirat kelak yang kita tidak membiarkan saudara kita di Gaza bersendirian melawan musuh yang kejam tersebut.


Kutipan terakhir yang berjaya kita kumpulkan untuk saudara kita di sana


Bukan hanya dengan kita memboikot sahaja, namun sumbangan dan bantuan berterusan kepada saudara kita di Palestin turut perlu dilaksanakan agar mereka dapat terus bertahan. Pembelian buah kurma dan juga makanan yang boleh tahan lama dan mudah untuk dimakan akan menjadi keutamaan agar dalam apa juga situasi pun, saudara kita di Palestin masih boleh makan dengan tanpa perlu masak makanan tersebut.


Dengan sokongan dari masyarakat khususnya kita di Malaysia, kita dapat membantu mangsa di Gaza menghadapi cabaran yang sukar dan memberikan mereka harapan untuk pemulihan dan kehidupan yang lebih baik. Sumbangan kewangan anda adalah langkah penting ke arah membantu mereka yang sangat memerlukan. Terima kasih atas sokongan anda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Sep 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Sep 11, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Sep 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Sep 08, 2024

Kempen Sumbangan Tamat