TABUNG SUMBANGAN BARANG BASAH BAGI YANG MEMERLUKAN

RM240 / 6.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sikap membantu orang yang kesusahan ini adalah sifat orang-orang yang beriman. Jom bersama Ikrar Bantu memberi sumbangan untuk membeli makanan basah kepada keluarga yang kurang berkemampuan.


Assalamualaikum & salam sejahtera. Kempen tabung sumbangan untuk barang basah asnaf dan anak yatim atau sesiapa yang memerlukan diteruskan lagi. Projek ini adalah kesinambungan komitmen Ikrar Bantu terhadap Rumah Anak Yatim Baitul Ahmad secara bulanan. Ikrar Bantu dalam proses memperluaskan lagi operasi membantu sesiapa sahaja yang memerlukan makanan basah.


Baginda Rasulullah pernah membaca ayat dari surah al-Hasyr yang sering kita dengar dalam solat:


اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ


“Bertaqwalah kamu sekalian kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah dipersiapkan buat dirinya untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah” (QS. Al-Hasyr: 18).


Mengapa ayat Surah al-Hasyr ini dipilih? Seakan Rasulullah ingin menjelaskan kepada kita bahawa sumbangan yang kita berikan kepada orang-orang yang susah akan menjadi bekalan yang pasti buat kita di akhirat kelak. Dan membantu orang susah adalah sebahagian dari sifat takwa.



Bantuan ini akan disampaikan dalam bentuk wang tunai atau dalam bentuk makanan basah itu sendiri. Sumbangan dalam bentuk wang tunai juga dirasakan perlu, kerana ketua rumah itu sendiri tahu apa yang amat diperlukan ahli keluarganya.



Bantuan adalah 'one off ' iaitu bernilai RM200 untuk setiap sumbangan,dan dijangka 20 keluarga akan mendapat manfaat tersebut.Bantuan ini sekurang-kurangnya dapat meringakan beban ketua keluarga buat seketika yang mungkin pada masa tersebut dalam keadaan amat terdesak.



Secara tidak sedar, kadangkala yang memerlukan bantuan itu adalah daripada jiran-jiran kita sendiri, mereka mungkin malu minta secara bersemuka tetapi mereka menggunakan medium media sosial untuk meminta termasuk melalui whatsapp kepada Ikrar Bantu.


“Kecintaanmu pada orang-orang fakir miskin adalah akhlak para Nabi, menyantuni mereka dengan duduk bersama mereka adalah tanda-tanda orang yang soleh dan menjauhi mereka daripada mendampingi mereka adalah tanda-tanda orang munafik.”

(Ittihaf Sadah al-Muttaqin)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2022

NURUL AINI SYAFINI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 27, 2022

MUHAMMAD ZAMIR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 23, 2022

Kempen Sumbangan Tamat