INFAQ SUMBANGAN BARANGAN BASAH UNTUK RUMAH ANAK YATIM

RM7,369 / 73.69 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

393 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Membantu anak yatim terutama mereka yang hidup susah dan tidak mendapat penjaga yang sewajarnya inilah yang dimaksudkan sebagai ﺗﻌﺎﻭﻥ (bantu-membantu atau tolong menolong) yang dituntut oleh Islam.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga tuan/puan dan kekal dalam rahmat Allah.


Selesai sudah kita menunai ibadah puasa di bulan Ramadan, dan seperti yang kita tahu ramai yang berlumba-lumba melipat gandakan ibadat dan antara yang sering menjadi perhatian pada masa itu ialah bersedekah pada anak yatim kerana amalan itu amat dituntut dan besar pahalanya. Rumah anak yatim pada bulan Ramadan juga tidak putus-putus menerima undangan berbuka puasa malah ada yang menganjur majlis bersahur bersama anak yatim.



Namun setelah berakhir Ramadan, rumah-rumah anak yatim kini sepi. Mereka masih memerlukan perhatian dan sumbangan daripada kita kerana mereka meneruskan kesinambungan hidup seperti biasa.Keperluan makan minum, pakaian dan persekolahan masih berjalan seperti didalam bulan Ramadan. Rumah anak yatim Baitul Ahmad yang kini jadikan sebagai projek angkat Ikrar Bantu sendiri masih perlukan sumbangan barang terutama ayam sebagai keperluan makanan anak-anak yatim disini.


Baitul Ahmad menempatkan 23 anak yatim yang terdiri 7 lelaki dan 15 perempuan, yang berumur daripada 3 hingga 17 tahun. Anak- anak ini dihantar kesini setelah kematian bapa dan ibu tidak mampu untuk membesarkan mereka, ada yang terpisah dengan adik beradik yang lain juga kerana dibela oleh orang lain, ada yatim piatu dan ada yang telah dibela oleh keluarga angkat sejak dilahirkan tetapi terpaksa diserah kesini diatas sebab ekonomi yang tidak stabil.



Kempen untuk mengutip RM10,000 oleh Ikrar Bantu adalah untuk memastikan barang basah seperti ikan dan ayam sentiasa cukup hingga ke akhir tahun ini, secara tidak langsung pihak pengurusan Baitul Ahmad dapat fokus kepada keperluan lain.


“Penjaga anak yatim daripada kerabat atau bukan kerabatnya, saya dan penjaga itu adalah seperti dua jari ini di dalam syurga.” Malik (periwayat hadis) mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari hantu.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Oleh yang demikian, usaha berbagai-bagai pihak termasuk Ikrar Bantu untuk mengumpulkan dana bagi anak-anak yatim bertepatan dengan apa yang dianjurkan oleh Islam.



Hukum bersedekah kepada anak yatim adalah sunat. Namun lebih afdhal jika sedekah itu dihulurkan kepada anak yatim dari kalangan keluarga atau saudara mara terdekat jika ada. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

“Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?(12)(Di antaranya bagi orang yang mampu) ialah memerdekakan hamba sahaya;(13) atau memberi makan pada hari kelaparan-(14)kepada anak yatim dari kaum kerabat.(15)”


(Surah al-Balad: 12-15)


Sesungguhnya hanya Allah dapat memberi ganjaran pahala diatas sedekah tuan-tuan dan puan-puan


Jazakallahu khairan kathira


Jom #BuatBaik!


 

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 17, 2022

Kempen Sumbangan Tamat