PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL INSYIRAH

Dimulakan pada Oct 04, 2022

INFAK BARANGAN ASASI DAN KEPERLUAN WARGA EMAS DARUL INSYIRAH

RM220 / 4.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini dijalankan untuk mengumpul dana bagi membekalkan barangan keperluan kepada penghuni warga emas Darul Insyirah agar kebajikan mereka sentiasa terjaga. Jom bantu warga emas!


Darul Insyirah adalah salah salah satu Pusat jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul yang bertapak di Malaysia sejak dari 2013 dan kekal hingga sekarang. Ia terbahagi kepada dua pusat iaitu Darul Insyirah 1 untuk warga emas yang boleh urus diri mereka sendiri manakala Darul Insyirah 2 dikhaskan kepada warga emas yang memerlukan pembantu dan staf untuk menguruskan diri. Darul Insyirah 1 terletak di Bangi Golf resort. Darul Insyirah 2 pula terletak di Bangi Seksyen 2. Perkhidmatan yang disediakan di pusat ini merangkumi jagaan harian, mingguan dan bulanan. 


Seperti yang diperkatakan Darul Insyirah 1 ialah tempat untuk warga emas yang mampu mengurus diri mereka sendiri antaranya mencuci pakaian, menjemur kain, mandi, makan dan mampu melakukan aktiviti luar seperti menanam pokok . Jumlah keseluruhan warga emas yang tinggal di Darul Insyirah ialah seramai 36 orang iaitu 17 orang di Darul Insyirah 1 dan 19 orang di Darul Insyirah 2. Warga emas yang tinggal di Darul Insyirah ini tidak hanya duduk sahaja tanpa buat apa-apa aktiviti malah jadual mereka penuh dengan kelas agama dan aktivti lain yang berfaedah. 



Jadual harian warga emas ialah pada setiap hari isnin hingga jumaat bermula 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang dan mempunyai dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Antara kelas yang dipelajari ialah bahasa arab, tafsir dan hadith.


Manakala, jadual bagi warga emas di Darul Insyirah 2 pula tidak padat kerana mereka memerlukan rehat yang cukup tetapi kelas belajar agama tetap berjalan cuma pada hari tertentu sahaja. Hal ini kerana warga emas di Darul Insyirah 2 ini tidak mampu melakukan sesuatu aktiviti pada waktu yang lama ekoran bedridden dan demensia. 



Dalam pada itu, warga emas yang tinggal di Darul Insyirah ini disediakan makanan dan minuman 4 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Segala bahan yang digunakan dalam menyediakan sajian makanan adalah daripada sumbangan ikhlas orang ramai seperti beras, tepung, kicap, sos, gula, garam dan lain-lain lagi. Namun, ia menimbulkan kegusaran kerana barang sudah habis dan penyumbang semakin berkurangan. Tambahan lagi, harga barang semakin naik telah menyukarkan pihak pengurusan untuk mengendalikan masalah ini.

Oleh sebab itu, Darul Insyirah memerlukan sokongan daripada semua masyarakat di luar sana untuk sama-sama membantu membekalkan barangan asasi yang lengkap kepada semua penduduk Darul Insyirah agar kebajikan mereka terjaga dengan rapi. Barangan asasi yang diperlukan ialah seperti beras, tepung,gula, bihun, teh, minyak masak dan lain-lain iaitu barangan yang digunakan setiap hari oleh warga emas di sini.

Kalau bukan kita yang menghulurkan bantuan, kepada siapa lagi yang mereka harus mereka memohon pertolongan?




Jadi, jom bersama-sama kami dalam membantu mengumpulkan dana bagi membeli barangan asasi warga emas di Darul Insyirah. Yakinlah, sedikit sumbangan yang kita berikan kepada mereka dapat memelihara kebajikan warga emas sama ada dari segi makanana, minuman dan juga kesihatan mereka. Jom bantu warga emas.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NURUL 'AIN ABDUL MALEK

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2022

HISHAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2022

Kempen Sumbangan Tamat