ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Aug 08, 2023

BANTUAN ROTI PERCUMA UNTUK MANGSA PERANG YAMAN

RM595 / 0.74 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM80,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bersama-sama kita dapat terus dalam usaha ini dan memberi kesan yang berterusan kepada komuniti yang memerlukan.


Menurut laporan sumber WFP, tahap kelaparan di Yaman pada masa kini adalah luar biasa dan menyebabkan penderitaan yang teruk bagi jutaan penduduk. Walaupun terdapat wujudnya bantuan kemanusiaan, akan tetapi 17 juta rakyat Yaman masih mengalami ketidakcukupan makanan. Kami akan memberikan roti kepada fakir miskin, ibu tunggal, orang tua, anak yatim piatu dan warga OKU dan dan Warga Pelarian Dalam Negeri (IDP).




Sudah 9 Tahun Penduduk Yaman Hidup dalam Sengsara, Kini di ambang Kelaparan


Sejak tahun 2017, Bakeri Iltizam di Yaman yang menjadi penyelamat bagi ribuan keluarga, kini menghadapi kekurangan dana yang kritikal. Tanpa bantuan segera, kami tidak akan dapat terus menyediakan makanan kepada mereka yang memerlukan serta mengancam ribuan nyawa penduduk Yaman.



Krisis di Yaman telah mendorong ramai keluarga ke ambang kelaparan. Projek Iltizam Bakery Yaman telah menjadi titik cahaya memastikan 55,000 keluarga memperoleh akses makanan roti yang bernutrisi. Namun, dana yang kami bergantung untuk mengekalkan operasi penting ini telah merosot dengan ketara. Kami tidak dapat mempunyai kecukupan dana keadaan yang kritikal ini.



Sokongan anda diperlukan dengan segera untuk mengekalkan operasi Bakeri Iltizam. Tanpa bakeri ini, keluarga-keluarga ini akan terpaksa berhadapan dengan kekurangan makanan yang akan memperburukkan lagi keadaan mereka yang sudah teruk. Kami memohon dengan anda untuk mempertimbangkan kepentingan situasi ini dan memberikan bantuan dengan murah hati.



Setiap sumbangan, walaupun kecil, akan memberikan impak yang besar. Dengan menyumbang kepada bakeri Iltizam anda secara langsung menyumbang untuk menyelamatkan nyawa dan meringankan penderitaan rakyat Yaman. Kami menggesa anda untuk bertindak dengan segera dan membantu kami memastikan bahawa tidak ada seorang pun di Yaman yang mengalami kelaparan.




Sila derma sekarang dan sertailah kami dalam usaha kemanusiaan ini. Bersama-sama, kita dapat membuat perubahan dan membantu mereka yang memerlukan.



مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.
(Surah al-Baqarah: 261)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM200.00

Sep 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM150.00

Aug 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 17, 2023

IMRAN MUSTAPHA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Aug 16, 2023

Kempen Sumbangan Tamat