MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 03, 2023

INFAQ BATU BATA DAN BAHAN BINAAN BILIK PENGAJIAN

RM250 / 3.57 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM RAIH PAHALA JARIYAH BERPANJANGAN DENGAN INFAQ UNTUK BATU BATA DAN BAHAN BINAAN BILIK PENGAJIAN PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM DI MAAHAD KAMI.


Maahad ingin memohon sumbangan infaq daripada muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT bagi projek pembinaan bilik pengajian yang bertujuan untuk memberikan kemudahan yang lebih baik kepada pelajar maahad kami. Menjadi keutamaan pihak maahad dalam menyediakan fasiliti maahad yang selesa bagi pendidikan dan pengajian para pelajar kami. Projek ini penting dalam membantu pelajar-pelajar kami menambah ilmu pengetahuan, terutamanya ilmu agama yang akan membentuk mereka menjadi generasi ulul albab.



Batu bata dan bahan binaan yang diperlukan masih belum mencukupi bagi menyiapkan kerja-kerja pembinaan ini. Oleh itu, kami berbesar hati menyeru saudara saudari agar sama-sama saling menolong atas jalan kebaikan dan taqwa dengan menghulurkan dana bagi menjayakan impian dan usaha mulia ini.



Di maahad kami mempunyai 70 orang pelajar yang datang daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk anak-anak asnaf miskin dan anak yatim yang kurang berkemampuan. Sumbangan para penyumbang dapat memberikan peluang yang lebih baik kepada mereka untuk mengejar ilmu agama. Ini akan membantu mereka menjadi agen perubahan yang dapat menyebarkan ilmu Al-Quran dalam masyarakat setelah mereka tamat pengajian.



Nilai RM10 itu mungkin nampak kecil, tetapi bagi pihak maahad, ianya adalah sangat besar dalam menjayakan projek pembinaan ini. Setiap sumbangan, sekecil mana pun akan memberi impak besar kepada kehidupan para pelajar kami. Ianya adalah satu langkah menuju ke arah membentuk generasi pelajar tahfiz yang berwibawa dan berilmu yang nanti akan menjadi penyebar ilmu Al-Quran dalam masyarakat.



Akhir kata, marilah bersama-sama berusaha untuk membantu anak-anak asnaf dan yatim di maahad kami menuntut ilmu agama. Setiap sumbangan sangat berharga dan ianya adalah pelaburan yang akan mendatangkan pahala dan keberkatan daripada Allah. Semoga Allah membalas segala kebaikan para dermawan dengan ganjaran yang melimpah ruah di dunia dan akhirat. Jazakumullahu khairan jaza.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 05, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 05, 2023

Kempen Sumbangan Tamat