MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Dec 29, 2022

HADIRKAN BEKALAN AIR BERSIH UNTUK KEMUDAHAN IBADAH TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM

RM3,205 / 6.54 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM49,000

166 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH BANTU HADIRKAN BEKALAN AIR BERSIH KE TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM INI. JADILAH MANUSIA YANG BERUNTUNG YANG KETIKA NAFAS BERHENTI, PAHALANYA TETAP MENGALIR UNTUKNYA.


“Dan Kami turunkan dari langit air yang banyak manfaatnya lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pohon-pohon dan biji-biji tanaman yang dituai” (Q.S. Qaaf : 9)


Menurut Al-Quran, air merupakan sumber kekayaan alam yang sangat penting, berharga dan memiliki pelbagai kegunaan dan manfaat yang sangat besar bagi kehidupan manusia, binatang dan tumbuhan. Sehinggakan di dalam Al-Quran kalimah air disebut sebanyak 63 kali dalam 42 surah dalam Al-Quran. Allah telah menurunkan air dari langit ke bumi agar bumi itu mengeluarkan hasil-hasil bumi untuk kesejahteraan manusia. MasyaAllah dengan kehebatan, kekuasaan dan sifat Ar-Rahman Allah, semua kehidupan di atas muka bumi dapat menikmati anugerah air untuk meneruskan kehidupan termasuk manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. 



Sehubungan itu, bagi mewujudkan rasa syukur pihak maahad mengajak para dermawan untuk bersedekah jariyah hadirkan bekalan air bersih bagi kegunaan harian anak-anak tahfiz serta warga maahad dengan serendah RM10 sahaja. Ini merupakan kesempatan terbaik untuk anda mendapatkan aliran pahala dari setiap titis air yang mengalir.



Segeralah merebut peluang untuk berkongsi kebahagiaan kepada 40 orang anak-anak tahfiz di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ini bagi meningkatkan akses bekalan air bersih agar setiap orang dapat menikmati haknya untuk melanjutkan kehidupan. Setiap titis air yang digunakan oleh warga maahad untuk berwudhuk, minum, bersuci, mencuci pakaian dan lain-lain insyaAllah ada kebaikan bagi para dermawan sekalian hingga akhirat kelak.



Di bawah ini, pihak maahad lampirkan jumlah kos pemasangan bekalan air bersih SADA ke bangunan maahad. Anggaran kos ialah RM49,000 dan pihak maahad masih mengumpulkan dana daripada orang ramai untuk merealisasikan impian hadirkan bekalan air bersih bagi kemudahan para pelajar tahfiz daripada kalangan anak-anak golongan asnaf dan yatim yang semangat untuk belajar Al-Quran di maahad ini.



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullah khairan jaza atas kemurahan hati dan jasa baik muslimin dan muslimat yang sudi memberi sumbangan bagi menyalurkan bekalan air bersih ke maahad tahfiz yang serba kekurangan ini. Marilah merebut kesempatan sebelum ajal menjemput kita dengan mengumpul amal kebaikan sebanyaknya dengan sedekah air yang manfaatnya berpanjangan hingga ke akhirat kelak sehingga baginda SAW meriwayatkan sedekah air adalah sedekah yang utama.




Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air.” (HR. Abu Daud)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jan 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat