MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Nov 07, 2022

RAYU BANTUAN BEKALAN AIR WUDHUK MAAHAD TAHFIZ NURUL HIDAYAH

RM1,655 / 3.38 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM49,000

91 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PIHAK MAAHAD MENYERU MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SALING MEMBANTU ATAS JALAN KETAQWAAN DENGAN MENYUMBANG KE TABUNG INFAQ BEKALAN AIR BERSIH TAHFIZ SECEPAT MUNGKIN UNTUK KEMUDAHAN WARGA TAHFIZ.


Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam Kedah telah diasaskan oleh Ustaz Suhaimi Bin Din. Bermula di Pondok Ayer Hitam, Kedah pada tahun 2009. Sejak kewujudan maahad ini, suasana agama pengajian di zaman Tuan Guru Haji Abu Bakar Palestin telah wujud kembali dengan wujudnya pelajar yang datang dari pelbagai tempat seluruh pelusuk negara. Pengurusan pentadbir telah diuruskan sepenuhnya oleh Ustaz Suhaimi sebagai mudir maahad.



Di awal kewujudan, maahad ini hanya bergerak dengan mempunyai bilangan pelajar seramai 18 orang dari negara Kemboja dan 7 orang dari negara Malaysia. Sepanjang pergerakkan dan penglibatan maahad ini dapat melahirkan seramai 100 orang pelajar dan telah tamat khatam 30 Juzuk Al-Quran sehingga kini. Maahad kini telah mempunyai 40 orang pelajar terdiri daripada negara Thailand, Indonesia dan Malaysia. Alhamdulillah dengan izin dan kurniaannya serta berkat pengorbanan saudara-saudara Islam keseluruhan, maahad ini masih dapat bergerak dan dapat berkembang walau dalam keadaan serba kekurangan.


Untuk makluman Tuan/Puan, maahad kami di sini telah berpindah operasi pada bulan ogos 2016 daripada Pondok Ayer Hitam, Kedah ke Pekan Minggu Lama Ayer Hitam, Kedah. Hal ini atas tujuan untuk memantapkan lagi urusan pentadbiran maahad untuk melahirkan generasi Al-Quran yang beramal dengan tuntutan Al-Quran. Oleh itu kami memerlukan dana sebanyak RM49,000 untuk proses kemasukan bekalan air bersih ke bangunan maahad yang baru untuk memudahkan mengambil wudhuk, istinjak dan bersuci. 


Akhir kata, pihak maahad ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi terhadap sumbangan-sumbangan yang telah diberikan dari pihak perseorangan dan juga agensi-agensi berkaitan. Sekian terima kasih.


Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke da-lam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHAMMAD FAHMI BIN ADNAN

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Nov 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 26, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 25, 2022

Kempen Sumbangan Tamat