ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 11, 2024

INFAQ BEKALAN MAKANAN BERKHASIAT DAN BARANG RUNCIT UNTUK WARGA EMAS PEDALAMAN

RM400 / 13.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom hantarkan bungkusan makanan dan barang runcit untuk kakek nenek pekerja keras di pedalaman!


Di tengah-tengah kesibukan kehidupan moden, kita sering melupakan wira-wira yang tidak didendang yang telah melalui pelbagai kepayahan hidup. Mereka sudah lanjut usia, pekerja keras yang masih terkial-kial mencari rezeki di hari tua. Dalam kebolehan mereka yang terhad, ramai daripada mereka diabaikan dan memerlukan bantuan daripada kita.



Dalam kehidupan yang terus berputar, warga emas sering menjadi mangsa sikap acuh tak acuh. Mereka adalah wira tanpa tanda jasa yang berdiri tegak di tengah-tengah badai masa. Apabila masa berlalu, mereka merasakan keterbatasan dalam aktiviti mereka, tetapi semangat mereka tidak pernah pudar.



Asar Humanity menjemput anda menghulurkan bantuan kepada mereka. Mereka memerlukan bantuan kita untuk memenuhi keperluan harian mereka, seperti makanan asas dan barangan runcit lain. Dalam perjalanan kita untuk menemui kisah hidup yang penuh dengan kesederhanaan, kita bertemu dengan wira halimunan di pedalaman Nusa Tenggara Timur. Atuk Usman Rana, Nenek Hatija, Nenek Maria Nuang hanyalah segelintir daripada warga emas yang perlu kita bantu. Masih ramai lagi warga emas di sekeliling kita yang memerlukan kasih sayang kita.




Dengan sumbangan minimum RM10, anda boleh menyumbang untuk merealisasikan harapan warga emas, memberikan rasa aman bagi mereka untuk menikmati sajian makanan yang berkhasiat. InshaAllah, setiap sumbangan yang anda berikan akan membawa keberkatan dan memenuhi keperluan mereka. 



Sumbangan dari anda sebelumnya telah membantu nenek Jaria mendapatkan makanan asas dan barang runcit untuk kebutuhan harian. Mari luaskan manfaat, bahagiakan yang lainnya. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, perlindungan dan kelancaran rezeki buat anda sekeluarga. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 12, 2024

Kempen Sumbangan Tamat