ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 31, 2024

BEKALAN MAKANAN WARGA MISKIN YAMAN BERPUASA DI BULAN RAMADAN

RM565 / 18.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

30 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jangan terlepas 10 hari terakhir bulan Rejab, jom hantarkan bekalan makanan asas untuk warga miskin di Yaman yang kelaparan agar dapat menjalankan ibadah puasa Ramadan!


Yaman, antara negara termiskin di dunia yang kini dilanda konflik yang menyayat hati. Peperangan di Yaman telah meragut nyawa berpuluh-puluh ribu orang awam, melukakan hati mereka dan memaksa lebih empat juta orang meninggalkan rumah mereka dalam perpindahan. 



Yaman yang sebelum perang sudah pun mengalami keadaan ekonomi yang sukar, kini terjerumus ke dalam pelbagai krisis iaitu daripada isu kemanusiaan, wabak taun, kekurangan ubat-ubatan, sehinggalah ancaman kebuluran. Bandar Taizz, salah satu kawasan yang paling teruk telah lama dikepung, dibiarkan bertahan di tengah-tengah sekatan yang tidak berperikemanusiaan. Bom yang mengerikan telah menjadi realiti mereka, dan keperluan asas telah menjadi terhad.



Selama bertahun-tahun, penduduk Taizz terpaksa bertahan dengan air bersih yang hanya boleh mereka perolehi daripada agensi kemanusiaan. Kanak-kanak di sana terpaksa membesar tanpa kepastian nutrisi yang seimbang, kerana makanan yang terhad hanya memenuhi keperluan asas tanpa menyediakan nutrisi yang mencukupi.



Di sini, kita mempunyai peluang untuk mengubah kisah mereka. Memandangkan bulan Ramadhan semakin hampir, marilah kita bersama-sama menyediakan pakej juadah untuk persiapan bersahur dan berbuka. Puasa juga sudah biasa bagi orang-orang miskin di sana yang sering tidak mempunyai bekalan makanan.



Setiap sumbangan yang kami berikan akan menjadi cahaya harapan dan kebahagiaan di tengah-tengah masa yang gelap dan sukar ini. Ramadan adalah bulan suci bagi semua umat Islam. Kemeriahan bulan Ramadhan tanpa risau tentang kelaparan juga harus dibawa ke Yaman. Dengan menyatukan hati budi kita, kita boleh membuat sumbangan positif untuk mengurangkan beban yang mereka pikul.




Kami menyaksikan secara langsung dampak besar dari bantuan makanan dari anda yang kami distribusikan di Ma’rib dan Taizz. Ketika kami datang dengan paket makanan, tergambar senyuman dan ekspresi emosi di wajah mereka. Dalam momen kegembiraan itu, terasa rasa syukur yang tak terhingga.



Bermula dari RM10. Derma anda akan digunakan untuk menyediakan bungkusan makanan yang mengandungi beras, kacang, minyak, susu, gula, tepung jagung dan barangan runcit penting lain untuk keluarga di Yaman. Setiap sumbangan yang anda berikan akan membantu memastikan mereka tidak perlu tidur dalam keadaan perut kosong, terutamanya pada bulan Ramadan yang mulia. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat kepada anda dan keluarga. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 04, 2024

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 03, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 02, 2024

Kempen Sumbangan Tamat