Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM340 / 6.80 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
27 Penyumbang
4 Baki Hari
Memberi makan bukan sekadar mengisi perut yang lapar, tetapi ia adalah pintu pembuka rezeki, penyubur kasih sayang, dan penawar hati yang berduka. Sedekah makanan menjadi yang terbaik kerana ia menyentuh keperluan asas kelangsungan hidup dan memberikan tenaga yang penting untuk beribadah dan menuntut ilmu.

Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sebaik-baik sedekah adalah memberi makan." (Hadis Riwayat Ahmad).
Kenyataan ini membawa pengertian yang amat mendalam. Bayangkan, dengan setiap suapan yang mereka makan, pahala akan terus mengalir kepada anda selagi mana makanan itu memberikan kekuatan kepada para santri cilik ini untuk membaca dan menghafal Al-Quran. Ia adalah bekalan pahala yang berterusan, insya-Allah.

Kita yang dilimpahi rezeki mungkin tidak perlu berfikir panjang untuk memilih hidangan yang sihat, lazat dan berkhasiat untuk keluarga kita saban hari. Menu masakan boleh bertukar-tukar, dari ayam panggang, ikan segar, hingga ke sayur-sayuran hijau. Namun, situasi ini jauh berbeza bagi anak-anak yatim dan dhuafa yang sedang gigih menuntut ilmu di pelosok madrasah dan pondok Al-Quran. Hidangan mereka sering kali sangat sederhana, kadang-kadang hanya bersambal, keropok, dan lauk asas seperti tempe atau tauhu yang diulang-ulang.

Makanan yang kurang berkhasiat ini boleh menjejaskan fokus belajar dan tumbesaran fizikal mereka. Oleh itu, kami mengajak anda untuk menyisihkan kos harga satu pinggan makanan anda hanya dengan RM10 sahaja, anda telah menyumbangkan satu pakej makanan yang berkhasiat untuk seorang pelajar di sana.

Makanan sihat yang anda sediakan akan menjadi pendorong semangat buat mereka untuk terus bersemangat belajar agama dan menghafal setiap ayat suci Al-Quran dengan tumpuan yang penuh. Mari bersama-sama kita jadikan sumbangan ini sebagai bekalan kita di akhirat. Ganjaran dari Allah SWT menunggu mereka yang bersegera dalam melakukan kebaikan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 12, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 11, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 11, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 10, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 10, 2025