PUSAT JAGAAN SATU WARGA EMAS

Dimulakan pada Jun 26, 2024

DANA BANTUAN PEMBELIAN RUMAH UNTUK WARGA EMAS IBU TUNGGAL

RM1,920 / 1.92 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

65 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Matlamat kempen ini adalah untuk membeli sebuah rumah teres 2 tingkat bagi menempatkan dan memberi keselesaan kepada warga emas ibu tunggal.


Pusat Jagaan Satu Warga Emas, Rawang ini diasaskan oleh seorang mualaf, Puan Alisha. Ia merupakan sebuah penempatan khusus bagi warga emas golongan wanita yang memerlukan perlindungan dan penjagaan kebajikan.



Alhamdulillah rumah jagaan yang telah beroperasi hampir 10 tahun kini telah menempatkan seramai hampir 20 orang penghuni. Kebanyakan mereka yang berada di sini adalah dalam kategori yang tidak berwaris, ibu tunggal, gelandangan dan terabai.



Yang lebih menyedihkan, ada di antara mereka mengalami masalah lumpuh (bedridden) dan berkerusi roda yang memerlukan penjagaan dan perhatian yang lebih.



Untuk makluman juga, rumah yang beroperasi sekarang merupakan rumah kedua yang disewakan oleh pemilik rumah ini selepas kesemua penghuni telah dihalau dari rumah pertama yang tidak jauh dari lokasi rumah sewa sekarang. Oleh kerana keadaan dan permintaan kemasukkan warga emas meningkat, pihak Satu Warga Emas berhasrat untuk membeli sebuah rumah teres 2 tingkat yang lebih selesa bagi menempatkan kesemua penghuni.



Walau bagaimanpun misi pembelian rumah baru ini agak sukar kerana harga yang ditawarkan oleh pemilik rumah tersebut agak tinggi iaitu dalam RM650,000. Nilai ini mungkin pada pandangan penyumbang nampak besar, namun inilah hasrat yang telah sekian lama mereka inginkan untuk mewujudkan suasana yang selesa dan sihat.



Dalam pada itu, apabila adanya rumah baru ini, dapatlah mereka kurangkan kos operasi sewa rumah yang bernilai hampir RM3,000 sebulan. Disebabkan mereka ingin warga emas di sini mendapat penempatan yang selamat dan selesa, Puan Alisha sanggup mengorbankan barangan kemas miliknya demi menampung keselesaan penghuni, namun, masih tidak mencukupi untuk membeli rumah tersebut.


“Jika kami lambat, harga makin tinggi, maka tidak ada peluang lagi untuk kami..”


Tempoh makin singkat, mereka perlu jelaskan terlebih dahulu deposit sebanyak RM100,000 sebelum akhir 2024 ini. Permintaan pembelian rumah tersebut juga tinggi, namun, dengan hasil rundingan yang baik dengan pemilik rumah tersebut mereka bersetuju untuk memberikan tempoh beberapa bulan untuk melunaskan deposit seperti yang dinyatakan.



Walaupun kami menghadapi masalah dana saat ini, kami tetap tidak abaikan kebajikan warga emas di sini. Pihak jagaan bukan tidak pernah usahakan, namun, kami faham dengan masalah ekonomi sekarang yang tidak menentu.


Jom Bantu Pihak Jagaan Warga Emas Berusaha Membela Nasib Ibu-ibu Warga Emas Yang Memerlukan Di Sini.


Maka, dengan adanya dana pembelian rumah ini segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Demi ibu-ibu warga emas sebelum ini, sekaligus kami  sendiri juga tidak lagi bimbang dengan isu-isu seperti pembayaran sewa dan sebagainya.


Oleh itu, pihak jagaan dengan rendah hati ingin memohon dana daripada anda semua untuk bersama membantu menghulurkan sumbangan ikhlas sebanyak RM50 seminggu secara berterusan agar penghuni dapat meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik pada masa akan datang. Semoga dengan rezeki yang anda kongsikan, anda dilimpahkan 1001 kebaikan. Insya-Allah.


“Setiap orang akan berada dalam naungan sedekah yang pernah dikeluarkannya pada hari kiamat hingga nasibnya ditentukan bersama yang lainnya”

(Hadis Riwayat Ahmad)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 29, 2024

KAMINI NAIR A/P SREETHARAN

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jul 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 29, 2024

Kempen Sumbangan Tamat