PERTUBUHAN KEBAJIKAN MUAFAKAT BAKRI

Dimulakan pada Sep 17, 2025

TABUNG BENCANA KEBAKARAN PUAN NORHASYIMAYATI

RM340 / 6.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kebakaran akibat litar pintas telah memusnahkan rumah Puan Siti Noorhasimayati, Sungai Abong, Muar. Mereka kini tiada tempat tinggal. Jom ringankan beban mereka sekeluarga!


Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar menerima panggilan kecemasan kebakaran rumah pada jam 00:55:46 pagi. Kejadian berlaku di Lorong Haji Hamzah, Sungai Abong, Muar, Johor. Satu (1) jentera FRT dan satu (1) Navara dari BBP Muar dengan kekuatan 8 anggota telah dihantar ke lokasi. Operasi diketuai oleh PBK I Misholifadzil selaku Komander Operasi.


Setibanya pasukan penyelamat di lokasi, didapati benar berlakunya kebakaran melibatkan rumah separuh kekal berbumbung zink dengan keluasan 40 (L) x 80 (P) x 15 (T). Api marak dengan pantas sehingga mengakibatkan kemusnahan hampir 95% keseluruhan rumah.


Alhamdulillah, penghuni rumah sempat menyelamatkan diri dan tiada kehilangan nyawa dilaporkan. Namun, seisi keluarga kini tinggal sehelai sepinggang tanpa tempat berteduh. Pasukan Bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan sekitar dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 03:15:00.



Mangsa kebakaran, Puan Siti Noorhasimayati, kini sangat memerlukan bantuan untuk memulakan semula kehidupan bersama keluarga.

Hampir semua barangan musnah, termasuk pakaian, peralatan rumah, dokumen penting dan barang keperluan asas.



Sasaran bantuan RM5,000 diperlukan segera bagi menyediakan barangan asas harian (makanan, pakaian, lampin anak, dll). Selain itu, menampung kos sementara tempat tinggal. Membeli semula peralatan asas rumah dan menyokong kos pemulihan selepas kebakaran. 


Marilah kita bersama-sama membantu meringankan ujian berat yang menimpa keluarga ini. Setiap sumbangan anda, walau kecil, sangat besar nilainya bagi mereka yang sedang diuji. Semoga setiap ringgit yang diinfakkan menjadi bekalan pahala berterusan buat kita semua.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 18, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 18, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 18, 2025

Kempen Sumbangan Tamat