SUMBANGAN BAGI KEMPEN SEKAMPIT BERAS UNTUK YANG MEMERLUKAN

RM1,030 / 34.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

42 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH KITA BERIKAN SUMBANGAN BERAS KEPADA SAUDARA-SAUDARA SEISLAM KITA. KEMBALIKAN SENYUMAN DALAM KELUARGA MEREKA. SUMBANGAN KITA AMAT BESAR ERTINYA.


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Beras merupakan bahagian makanan terpenting dalam gizi harian. Ia adalah aspek utama dalam hidangan harian bagi penduduk di wilayah nusantara ini. Namun demikian, walaupun ia adalah makanan ruji tetapi kenaikan harga yang semakin lama semakin mahal telah menyukarkan bagi sesetengah golongan untuk membelinya.



Konsep meletakkan hidangan di atas meja adalah satu kewajipan bagi ketua keluarga yang bertanggungjawab. Namun begitu, kenaikan kos harga makanan yang tidak terkawal menyebabkan rakyat semakin tertekan. Mahu tidak mahu ketua keluarga kadangkala terpaksa memotong bahagian perbelanjaan yang lain demi untuk bekalan beras.



PKPR terpanggil untuk melaksanakan program satu keluarga bantuan 1 kampit beras sebagai usaha untuk membantu rakyat yang terjejas. Dengan adanya program sebegini maka rakyat dapat dibantu.



Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat