INFAQ BERAS UNTUK ASNAF DAN IBU TUNGGAL BULAN APRIL 2023

RM1,660 / 23.71 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

108 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom menyumbang ke kempen infaq beras! Moga kempen ini akan berjaya dan menjadi program bulanan bagi kita semua untuk membantu meringankan beban mereka yang sangat memerlukan perhatian kita semua.


Alhamdulilah program beras yang dianjurkan bermula pada September 2022 dan telah berterusan sehingga ke hari ini telah memberikan manfaat yang banyak kepada penerima yang layak khususnya golongan asnaf dan mereka yang benar-benar memerlukan. Istimewanya pada kali ini ialah pihak kami akan bekerjasama dengan beberapa surau di sekitar Sibu akan Daro untuk memastikan penerima yang akan menerima sumbangan ini terdiri daripada senarai nama yang telah disediakan oleh AJK surau berkenaan.



Antara wakil komuniti yang bersama sama pihak kami dalam memastikan hasrat kita bersama untuk membantu golongan yang memerlukan ini dapat direalisasikan.

Sasaran kami ialah untuk melibatkan sebanyak 10 buah surau dan setiap surau berkenaan menyediakan senarai nama 30 penerima beras 5kg berkenaan bagi meringankan beban mereka menjelang raya kelak. Anggaran sebanyak RM7000 diperlukan untuk membeli 300 pek beras 5kg dan kos penghantaran ke Daro yang memerlukan jalan air.


Di kawasan bandar mahupun di luar bandar, ianya tetap menjadi keutamaan pihak kami selagi mereka layak dan benar-benar memerlukan.

Pihak kami percaya biarpun bantuan tersebut tidaklah begitu banyak, namun sedikit sebanyak apa yang kita bantu hasil sokongan daripada tuan/puan sekalian amatlah memberikan kesan yang besar kepada penerima tersebut untuk meringankan sedikit bebanan mereka. Bagi memastikan tidak ada yang tercicir dan mereka yang benar-benar layak sahaja menerima, penerima perlu menurunkan tandatangan penerimaan agar bantuan untuk fasa seterusnya akan lebih mudah untuk diagihkan kepada mereka kelak.


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.”
(HR. Muslim, no. 2588)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 28, 2023

Kempen Sumbangan Tamat