INFAQ BERAS UNTUK ASNAF DAN IBU TUNGGAL BULAN JANUARI 2023

RM1,311 / 43.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

81 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh bersama-sama kita berlumba untuk membuat amal kebaikan dan semoga segala yang kita sumbangkan tersebut datangnya dari hati yang ikhlas agar mendapat keberkatan. Amin.


Alhamdulilah program pada bulan November telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para penyumbang. Sebanyak 78 pek beras 10kg telah diagihkan kepada 78 penerima secara berperingkat oleh tuan pengerusi dan juga wakil-wakil komuniti. Pengagihan telah dilakukan pada 23 Disember 2023 dengan menyerahkan bantuan tersebut kepada wakil penduduk untuk diagihkan mengikut senarai nama yang telah diberikan kepada beliau.


Seperti perancangan kita sebelum ini, program ini akan menjadi program bulanan berikutan kami melihat impak yang besar dan jelas untuk kita bersama dalam membantu mereka yang kekurangan ini. Selain itu pihak kami percaya biarpun bantuan tersebut tidaklah begitu banyak, namun sedikit sebanyak apa yang kita bantu hasil sokongan daripada Tuan/Puan sekalian amatlah memberikan kesan yang besar kepada penerima tersebut untuk meringankan sedikit bebanan mereka. Sasaran kami pada bulan Januari 2023 ini ialah untuk memberikan kepada 80 penerima dan sebahagiannya ialah penerima yang sudah menerima dan tambahan penerima-penerima yang baharu.



Antara sebahagian daripada penerima program beras yang kita jalankan pada bulan Disember.




InshaAllah sama-sama kita berdoa agar program ini akan terus mendapat sokongan daripada semua dermawan-dermawan bukan sahaja dalam usaha kita membantu mereka yang memerlukan ini namun untuk kita berlumba-lumba dalam membuat amal kebaikan.


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 20, 2023

NUR FATIN AMALINA MOHD HASHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat