INFAQ BERAS UNTUK ASNAF DAN IBU TUNGGAL BULAN NOVEMBER

RM4,032 / 100.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

195 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom menyumbang ke kempen infaq beras! Moga kempen ini akan berjaya dan menjadi program bulanan bagi kita semua untuk membantu meringankan beban mereka yang sangat memerlukan perhatian kita semua.


Alhamdulilah program pada bulan Oktober telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para penyumbang. Sebanyak 88 pek beras 10kg telah diagihkan kepada 88 penerima secara berperingkat oleh Tuan pengerusi dan juga wakil-wakil komuniti.


Pihak kami percaya biarpun bantuan tersebut tidaklah begitu banyak, namun sedikit sebanyak apa yang kita bantu hasil sokongan daripada Tuan/Puan sekalian amatlah memberikan kesan yang besar kepada penerima tersebut untuk meringankan sedikit bebanan mereka. Sasaran kami pada bulan November ini ialah untuk memberikan kepada 110 penerima dan sebahagiannya ialah penerima yang sudah menerima dan tambahan penerima-penerima yang baharu.



Ini adalah antara wakil komuniti yang menerima beras untuk diagihkan kepada asnaf dan ibu tunggal di dalam komuniti berkenaan.




Bagi memastikan tidak ada yang tercicir dan mereka yang benar-benar layak sahaja menerima, penerima perlu menurunkan tandatangan penerimaan agar bantuan untuk fasa seterusnya akan lebih mudah untuk diagihkan kepada mereka kelak.


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.”

(HR. Muslim, no. 2588)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 04, 2022

Kempen Sumbangan Tamat