MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Dec 26, 2023

SEDEKAH BERAS BAGI MEMBEKALKAN TENAGA KEPADA PELAJAR TAHFIZ

RM85 / 2.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI BERBUAT BAIK DENGAN MENYUMBANG BERAS BAGI ANAK-ANAK ASNAF DAN YATIM DI MAAHAD KAMI MENDAPATKAN TENAGA YANG MENCUKUPI UNTUK MEREKA BERIBADAH DAN MENUNTUT ILMU.


Dalam menghadapi cabaran kenaikan harga beras yang memberi kesan kepada kami sebagai pihak pengurusan dan turut meresahkan para pelajar yang bergantung pada sumbangan untuk keperluan makanan harian mereka, pihak kami dengan rendah hati ingin memohon sokongan dan kerjasama dari individu serta masyarakat yang prihatin. Kempen sumbangan beras ini bertujuan untuk memberikan kelegaan kepada pelajar dalam mengatasi cabaran ekonomi semasa.



Dalam tempoh sehari sebanyak 30 kilogram beras diperlukan untuk 75 orang para pelajar kami mendapatkan tenaga harian bagi mereka beribadah dan belajar di maahad. Setiap butir beras yang dijamah oleh mereka bukan sekadar makanan, tetapi ia adalah sinar harapan bagi anak-anak tahfiz yang sedang berusaha menghafal Al-Quran dan juga saudara-saudara kita yang memerlukan bantuan. Keberadaan bekalan beras yang mencukupi bukan hanya menyediakan tenaga bagi mereka yang gigih menuntut ilmu, tetapi juga memberikan ketenangan dan kekuatan untuk terus berusaha dalam mengejar ilmu agama.



Selain itu, setiap sumbangan beras yang diberikan akan menjadi penyeimbang dalam memenuhi keperluan makanan harian pelajar, memastikan mereka dapat terus fokus dalam proses pembelajaran di maahad tahfiz ini. Setiap bantuan daripada kalian sebesar atau sekecil mana pun, adalah kebaikan yang sangat bererti dalam membantu pihak kami menghadapi cabaran ini.




Akhir kata, mulai RM10 mari bersama-sama menyokong misi keilmuan dan kebajikan ini. Sumbangan anda bukan hanya menyentuh kehidupan para pelajar kami, tetapi juga menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka dalam mencapai matlamat agung dalam mempelajari Al-Quran. Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang diberikan dan menjadikan sumbangan ini sebagai amal jariah yang berkekalan. Jazakumullahu khairan jaza atas sokongan dan kebaikan hati para dermawan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

JAMAL ARIEF BIN ABDUL MALEK

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat