YAYASAN ENDATOE RAJ ELFATH

Dimulakan pada Apr 29, 2024

BERAS UNTUK PENDIDIKAN AL QURAN

RM180 / 6.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sumbangan beras walau sekecil mana pun ia merupakan satu langkah besar dalam menyokong pendidikan dan kebajikan pelajar di Pondok Pesantren Tahfiz Al-Quran Arraudhah.


Di tengah-tengah Kabupaten Aceh Utara, terletak Pondok Pesantren Tahfiz Al-Quran Arraudhah, sebuah institusi pendidikan yang tidak hanya fokus pada pengajaran ilmu duniawi, tetapi juga menghafal Al-Quran. Pondok pesantren ini telah menjadi rumah kepada ramai pelajar yang datang dari pelbagai sudut termasuk hampir 50% daripada mereka yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Dalam suasana yang penuh semangat kebersamaan dan dedikasi terhadap ilmu agama, terdapat cabaran serius yang dihadapi oleh pondok pesantren ini iaitu kekurangan beras, makanan ruji kepada pelajar dan guru yang tinggal di sana.



Sebagai pusat pembelajaran dan kediaman, Pondok Pesantren Tahfiz Al-Quran Arraudhah bertanggungjawab menyediakan keperluan asas kepada semua pelajarnya. Namun, dengan majoriti pelajar daripada keluarga yang lemah ekonomi, pondok pesantren ini menghadapi masalah kewangan yang serius dalam memenuhi keperluan beras harian. Nasi bukan sekadar makanan tetapi ia merupakan sumber tenaga yang membolehkan pelajar fokus dan bersemangat dalam pelajaran dan aktiviti harian.



Justeru, kami menjemput anda untuk menyertai kempen sedekah beras yang akan membantu memastikan setiap pelajar Pondok Pesantren Tahfiz Al-Quran Arraudhah mendapat khasiat yang mencukupi untuk membangun dan cemerlang dalam pelajaran. Setiap guni beras yang anda sumbangkan secara langsung akan memberi impak kepada kehidupan pelajar yang berdedikasi menghafaz kitab suci Al-Quran.



Setiap sumbangan anda bukan sahaja memberi makan kepada pelajar, tetapi juga menyokong perjalanan mereka dalam mempelajari dan menghafal Al-Quran. Kami tahu bahawa pendidikan adalah kunci kepada masa depan yang lebih baik, dan dengan bantuan anda, kami dapat memastikan pelajar Pondok Pesantren Tahfiz Al-Quran Arraudhah mempunyai segala yang diperlukan untuk berjaya.

Mari berganding bahu memberikan sokongan sebenar. Sokongan anda adalah bukti nyata keprihatinan dan solidariti dalam membantu generasi masa depan negara yang sedang berusaha keras untuk mendalami ilmu dan kerohanian mereka.



Kami berterima kasih atas kebaikan anda dan menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada perubahan positif ini. Bersama-sama, kita boleh memastikan bahawa tiada seorang pun pelajar yang perlu belajar dalam keadaan perut kosong. Terima kasih atas sokongan dan penyertaan anda dalam kempen sedekah beras ini. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan anda dengan limpahan rezeki yang tidak terhingga.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM140.00

May 05, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 03, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 29, 2024

Kempen Sumbangan Tamat