YAYASAN ENDATOE RAJ ELFATH

Dimulakan pada Jun 05, 2024

BERAS KEPADA PELAJAR YANG MENGHAFAZ AL QURAN DI PULAU TERPENCIL

RM550 / 18.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

37 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami mengajak anda semua untuk sama-sama meringankan beban mereka melalui sedekah. Dengan bersedekah, kita dapat memberi sumbangan yang nyata dalam melahirkan generasi yang berilmu.


Di sudut nusantara yang sunyi, tersembunyi di antara deruan ombak dan hamparan alam yang menghijau, terletak sebuah pondok pesantren yang diberkati, Pondok Pesantren Darussahabah. Pondok pesantren ini terletak di Desa Labuah, Kecamatan Teupah Tengah, Kabupaten Simeulue, sebuah pulau terpencil yang memancarkan keindahan dan ketenangan. Di sini terdapat sekumpulan pelajar yang berdedikasi menghafal Al-Quran, bercita-cita menjadi penghafal Al-Quran yang berilmu dan berakhlak mulia.



Pondok Pesantren Darussahabah merupakan pusat pendidikan yang menjadi sumber harapan anak-anak di Kampung Labuah dan sekitarnya. Namun, sebagai sebuah pondok pesantren yang terletak di pulau terpencil, banyak cabaran yang dihadapi dalam memenuhi keperluan harian, antaranya keperluan pengajaran dan pembelajaran, asrama, serta keperluan makanan dan kesihatan pelajar. Akses terhad kepada kemudahan dan infrastruktur menjadikan perjuangan mereka lebih sukar.



Oleh itu, kami mengajak saudara-saudari semua untuk sama-sama meringankan beban mereka melalui sedekah. Dengan bersedekah, kita dapat memberi sumbangan yang nyata dalam melahirkan generasi yang berilmu dan bertaqwa. Sedekah anda akan sangat membantu dalam menyediakan kemudahan dan prasarana yang mencukupi, menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran, serta menyediakan nutrisi yang mencukupi untuk pelajar.



“Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur” (HR. Thabrani)


Daripada hadis ini, kita memahami bahawa sedekah mempunyai kekuatan untuk melindungi kita daripada azab kubur, membantu kita di alam barzakh, dan memudahkan perjalanan kita menuju kehidupan yang kekal abadi.


Dengan keutamaan tersebut, marilah kita bersama-sama mengenepikan sebahagian harta yang telah dititipkan Allah kepada kita untuk menyara pendidikan di Pondok Pesantren Darussahabah. Tidak ada sedekah yang terlalu kecil, karena setiap bantuan yang diberikan dengan ikhlas akan sangat berarti bagi para pelajar yang sedang berjuang untuk menghafal Al-Quran. Marilah kita tunjukkan keprihatinan kita dengan bersedekah.



Menghulurkan tangan, memberi sokongan, dan menjadi sebahagian daripada usaha melahirkan generasi penghafaz Al-Quran yang akan membawa cahaya Islam pada masa hadapan. Semoga Allah SWT menerima amal soleh kita dan melipatgandakan pahala yang terus mengalir.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 29, 2024

IMRAN MUSTAPHA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 26, 2024

MOHD SAIFUDIN MD NOOR

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 22, 2024

Kempen Sumbangan Tamat